Hak hak hari ni ada perjumpaan PUSPANITA ler. Apalah yang saya ingat ni. Asik lupa jerk memanjang. Masuk2 pentadbiran tadi tengok wanita2 LPP sedondon dengan baju freenya. Jangan salahkan saya yer. Surat tak sampai ke tingkat 3. Pagi ni baru jumpa kat dalam tray kat Pentadbiran. Yang ada pon semalam puan Setiausaha Pengarah ada skype surat kot. Oleh kerana dah petang dan dah ready nak berdezup, mokcik tak sempat tengok. Tapi yang paling menyengalkan, baju tu pon ada dekat tailor. Belum pun ambil akakakakakaka.
Tapi, memang betul2 terlupa pagi tadi yang ada perjumpaan PUSPANITA hari ni. Semalam ingat. Tambah pulak Wafiy tetiba demam hari ni. Dah syok2 pi school trip semalam, hari ni boleh demam pulak. Banyak berfikir pagi tadi rasanya. Nak datang kerja ker tidak. Nak datang kerja ke tidak. Kesian kan kat Wafiy. Demam2 pon kena pergi school. Tapi hantar jugak dengan pesanan kat teacher dia, kalau nampak teruk sangat demamnya sila bagitau yer! Saya akan ambil dia dan peram kat bilik ofis ni. Bos pon takder ni hehehehe.
Berat sebenarnya hati nak hantar tadi, tapi mengenangkan cuti dah tak berapa nak ada dan nak simpan untuk Hari Raya nanti. Tabahkan hati hantar jugak ke sekolah. Mana tahu, bila jumpa kawan2 nanti demamnya boleh kebah. Paling tak pon, teacher dia akan call kan.
Alahaiiii cantik sangat baju yang saya pakai nak pergi perjumpaan pukul 9.30 pagi ni. Main capai jer tadi dan gosok mana dan. Dah macam makcik cleaner jerk rasanya uwaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment