Hari ni kena ambil buku rekod sekolah agama Arfan. Leceh kan, dah 3 kali setiap hari Jumaat saya terpaksa datang lambat. Jumaat hari tu kena ambil untuk Wafiy, bergembiralah sikit sebab en. Suami ada. Jumaat minggu lepas pergi sendirian sebab bos en. Suami dah start kena tahan wad. Hari ni bersendirian lagi sebab bos en. Suami nak berumah tangga kat hospital tu. Apa nak buat kan, dah nasib orang. Nasib kita tak tahu lagi.
Walaupun en. Suami terlepas dari kena ambil buku rekod hari ni, saya amatlah kesian kat dia. Sebabnya, malam tadi badan dia start panas. Pagi tadi pun dia dah mengadu seram sejuk. Bersiap2 jugak pergi kerja. Langsung tak sebut nak ambil MC ker. Kalau dapat pun, kena frame surat MC tu kat ofis sambil buat kerja. Kesian kan.
No comments:
Post a Comment