MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, June 14, 2012

pindah balik ?

Dalam diam tak diam dah sebulan jugak saya menumpang Caw. Pendaftar ni. Dah macam rasa cawangan sendiri pulak. Mudah sebenarnya di sini. Tak payah nak naik2 tangga lagi. Tak penat. Parking depan pintu jer.

Kalau kat tingkat 3, bukak pintu pun leh nampak terus kereta. Tapi nampak ke bawahlah. Kalau rasa nak cepat sangat sampai kat kereta tu terjun jer. Kompom cepat, cepat masuk hospital.

Hari pertama naik kerja lepas cuti seminggu hari tu, Man Kueh bagitau dia nak duduk kat tingkat 3 balik. Dorang dah tengok siling dan confirmkan keadaan selamat kalau nak duduk. Lagipun manalah samakan tempat sendiri dengan tempat menumpang ni hehe.

Tapi takder plak dorang membantah kalau saya tak nak naik ke tingkat 3 tu. Sekarang terserah pada saya antara nak stay kat Caw. Pendaftar ni sehingga pembaikan dilakukan atau stay ajer kat sini dan terus berjauhan dengan bos tersayang haha.


Sila klik sini






1 comment:

khaizamis said...

salam, bole tau x rak tu beli kt mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...