MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, June 12, 2012

letih lagi

Letih betul rasa badan ni. Malam tadi, lepas dah masak dan makan, dengan muka nakal suh en. Suami kemas dapur. Alasan nak teman anak wat kerja sekolah. Kira okeylah kan. Dari wat alasan nak tengok tv hehe.

Waktu tu baru pukul 9 malam. Mata dah rasa mengantuk bukan main. Baru mengadap satu homework, bukan Arfan yang wat2 mengantuk, saya yang dah tak boleh nak tahan mata. Siap jer kerja tu, terus suruh dia masukkan semua buku dalam beg dan suruh masuk bilik masing2. Tanpa banyak citer saya terus tepuk2 bantal dan belayar mimpi.

Selalunya sebelum jam berbunyi pukul 5.30 pagi, saya dah tidur2 ayam. Dah ready nak bangun. Tapi malam tadi, jam dah berbunyi pun, saya buat2 tak dengar. Macam nak sambung lagi tidur. Masa bangun pukul 5.45 pun badan rasa amat letih. Tapi kuatkan semangat. Memang tak boleh lewat lagi. Nanti semua tak sempat. Yang sempat, anak2 dengar saya membebel pulak nanti.

Pagi tadi, rasa letih tu masih terasa sangat. Sempat telefon mak dan bagitau pasal ni. Mak pun kata dia rasa benda yang sama. Iza pulak dah 3 hari tak tolong abang Wan berniaga sebab demam. Hahaha penangan Cameron Highland lah ni.

Kebetulan ada pulak orang yang belanja nasi beriani hari ni. Pagi2 dah soru barang baik. Makin menjadi2lah kemalasan hari ni. Baru pukul 12.30 tengahari saya dah bersandar ke kerusi. Mengantuk sangat membuat saya tertidur. Huh tak boleh jadi. Bangun dan jeling kiri kanan. Line clear, jom pi surau....zzzzzzzzzzzz. Ambik!!!! 1.45 petang baru terjaga. Baru rasa segar sikit hehe. Sila klik sini






4 comments:

maszull said...

assalamualaikum azlina...nampak segar je sayur2 kat Cameron ni kan...seronok tengok...:)

cikyatz said...

kak..tu kat area mane ek?kita xpegi pon kat tempat sayur..bestnya..segar bugar,sayurnya tue..geram..

Azlina bt. Azis said...

tempatnya kena masuk ke dalam sikit bukan kat tepi jalan. tempatnya pon kena naik bukit, sampai tersenget2 bila nak jalan. kereta nak turun pon curam giler. dekat sangat dengan pasar malam.
namanya lupalah

cikyatz said...

owh dekat ngn pasar malam..jadi tmpt tu kat brincang la ea..jalan nk ke Keyfarm eh..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...