EURO 2012
Demi melayan demam EURO, en. Suami sanggup belikan jersi untuk Arfan dan Wafiy. Melompatlah masing2 kat pasang borong malam tadi. Tapi jersi untuk budak2 tak banyak. Pilihan amat terhad. Jadi terpaksalah beli yang ada saiz dan sesuai untuk letak nama dan nombor. Harganya pon boleh tahan. Sepasang RM39, dapat tawar sepasang RM35. Satu word RM1 dan no. RM6. Tapi kainnya sedap sikit. Lebih bermutu dari jersi2 yang en. Suami belikan sebelum ni.
Nak tutup mulut saya yang dok mengomel bising, en Suami offer jersi untuk saya jugak. Tapi RM10 jerlah. Sorrylah tak main barang murahan ok. Hehe sebenarnya jersi untuk perempuan pendek sangat. Dahlah berat badan kurrrrsemangat. Kena kutuk dengan Arfan ajer nanti. Mia pun, Arfan tak bagi belikan. Takut jadi tomboy hahaha.
Takperlah...beli baju sempena EURO ok. Nak berjaga tengah malam sempena EURO meh mama piattt sorang2.
1 comment:
assalamualaikum...wah mesti seronok dpt seorang satu jersy tu...:)
Post a Comment