Pagi tu full dengan majlis perasmian, cabutan bertuah (ada samsung galaxy tab tu...tapi tak bertuah macam biasa) dan mesyuarat agong.
Boring dengar ucapan lama sangat, saya ajak dorang bergambar sebelum handphone ni en. Suami simpan kat dalam kereta.
Selingan dari itu, dapatlah saya bawa balik goodies bag warna purple dari KSK LPPJ dan PPNJ yang full 3 botol air mineral Peladang, 3 plastik roti coklat, 1 kotak biskut n 1 eco bottle 500ml tupperware yang dibeli dari team saya (bukan dari saya terus yer...harap maklum.) Saya jugak dapat cabutan sandwich maker (walaupun tak dapat Samsung Galaxy dapat sandwich maker pon oklah jugak dari dapat gelas orang kawin akakakaka.) dan RM50 sebagai wang kehadiran mesyuarat agong.
Makan pagi hari tu ialah nasi lemak, air mineral dan epal. Makan tengahari pulak, nasi ayam dan air milo kotak. Makanan pon best.....tapi tak cukup sebab cuaca sejuk...lapar jerk memanjang. En. Suami ajak saya meluncur kat mender alah ni. Walaupun seram2 sejuk dibuatnya saya ikutlah jugak sebab kesian kat dia takder regu. Kebetulan pulak Mia tidur dan ada mak yang nak menjaga. Pehhhhhhhhh!!!!!!!! Lepas sampai ke bawah, saya pandang en. Suami, "Lepas ni, ajak Arfan jerk yer. Saya dah kena darah tinggi ni." Sumpah mati saya takkan naik lagi tempat tu.
Arfan, Wafiy n Mia berendam kat kawasan ni hampir 3 jam selepas puas main kat kolam besar yang ada ombak tu. Sampai menggigil2 dan tangan dah kecut2 pun tak ingat nak naik lagi. Xpecially Arfan. Mia dan Wafiy sempat tidur walaupun dititik dek hujan lebat, Tapi Arfan tetap gagah memanjat, melompat, menggelonsor dan menyelam. Akhirnya kami meninggalkan juga tempat tu sekitar pukul 5 petang. Semasa melangkah keluar, Arfan bertanya " Bila lagi kita nak pi sini erk ??? tak puas arrr." Huhuhuhu pengsan mama.
Berada di Wonderland Theme Park Melaka adalah antara pengalaman terindah saya kerana dapat menghiburkan anak2. Selain itu, TEAM saya juga dapat bekerjasama menjayakan hari keluarga ini dengan edaran 750 biji eco bottle 500ml kepada semua ahli. Saya amat2 berterima kasih kepada KSK LPP Johor kerana memberikan kepercayaan kepada TEAM dilse E'La. Inilah kenangan terindah kami...Muahhhh5 hehehehe.
No comments:
Post a Comment