MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, December 21, 2011

FREEZER MATE



Hari ni dah hari Khamis. Esok malam dah bertolak balik kampung dengan tujuan menghadiri Hari Keluarga LPP. Tahun ni, KSK sambut di Melaka Wonderland Melaka. Ini namanya sambil menyelam minum air hehehehe. Jadi, malam tadi nak tak nak kena gak pi beli barang dapur. Taklah nanti lupa diri kat Melaka. Duit dah habis, dapur kering kontang.



Masa berbelanja, seperti biasa saya akan ambil sebungkus nugget FarmBest yang memang best. Itulah sarapan untuk anak2 selang beberapa hari dalam sebulan sebelum pergi sekolah. Tapi, pada hari cuti biasanya saya akan sediakan sarapan yang agak berat.



Apa yang nak saya ceritakan hari ni ialah cara saya menstokkan nugget berkenaan. Biasanya sekali masak saya hanya akan goreng dalam 10 biji sahaja. Pagi2 anak2 tak makan banyak, tapi mesti ada sesuatu untuk dimakan.



Dalam satu bungkus jika sekali goreng 10 biji, maknanya saya boleh bahagikan dalam 4 bahagian. Itu pun adalah terlebih beberapa biji. Jadi, saya suka mengasingkannya didalam bekas freezermate yang ngam2 jumlah berkenaan. Sebabnya, setiap kali hendak memasak, malam sebelumnya saya akan turunkan 1 bekas berkenaan ke ruang penyejuk dibahagian bawah peti ais. Bila saya lakukan pembahagian berkenaan, bahagian2 yang lain yang tidak dimasak pada hari itu akan kekal beku dan tahan kesegarannya. Pernah tak anda terfikir perkara berkenaan ? Kalau belum....baik bertindak sekarang. Ia akan memudahkan proses memasak anda...percayalah.






Bekas freezemate ini juga memang dicipta khas untuk tujuan sejuk beku. Ia memudahkan proses pembekuan dan pengembalian ke suhu bilik.






Tengok, selain itu...freezer saya juga kelihatan bersih, kemas dan bergaya yessssssssss I LOVE FREEZERMATE.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...