Assalamualaikum...
Pernah tak terjadi tiba - tiba penutup bekas Tupperware anda tersasar saiz dari badannya... sebagai penjual, pada mulanya saya menjadi cuak bila keadaan ini terjadi kepada customer. Mereka mengadu, bekas mereka tidak boleh ditutup dengan penutupnya. Adoiiii....mau tak gelabah !!!! Tapi setelah diberi tunjuk ajar oleh upline, baru saya faham kenapa situasi ini berlaku. Semasa kita belajar sains, xpecially fizik dulu...kita pernah diterangkan bagaimana sebuah jambatan itu dibina. Penyejukan dan pemanasan suhu cuaca diambil kira semasa pengukuran sesebuah jambatan dibina. (betul ker istilah yang digunakan ni yerkkk hehehehe) Tapi begitulah lebih kurang maksudnya. Keadaan ini sebenarnya untuk mengelakkan jambatan meretak kerana proses regangan dan pengucupan hasil suhu yang berubah - rubah. Bekas Tupperware jugak dicipta dengan mengambil kira perkara yang sama, boleh berinteraksi dengan suhu. Keadaan mengecut sedikit akan terjadi bila suhu menurun dengan banyaknya. Tetapi akan kembali seperti sediakala bila suhu kembali normal. Ia dicipta begitu supaya bekas milik anda tahan lama dan selamat digunakan.
Masalah ini sebenarnya jarang berlaku, kerana pengecutan dan regangan yang terhasil tidaklah begitu tinggi. Tidaklah seperti yang berlaku kepada mr. hulk. Siap bertukar hijau lagi hehehe. Tetapi, jika ia agak tersasar juga..meh ikut cara ini.
1. Didihkan air...biasanya saya guna kuali jerr.
2. Bila air mula mendidih, tutupkan api. Masukkan penutup bekas yang mengecil.
3. Selepas seketika, ketika masih panas, angkat penutup berkenaan dan terus acukan kepada bekasnya. Biarkan ia kembali ke suhu bilik.4. Tadaaaaa........
No comments:
Post a Comment