Inilah bekasnya....warnanya merah memikat dan boleh sumbat 3 makanan kering serentak sebab ada partition kat dalamnya. amat sesuai diletak didalam kereta sebab tak mudah tumpah walaupun tanpa penutup sebab ada satu lagi cover putih berlubang kat dalamnya.
Kerepek pisang, maruku dan keropok paip. Tu semua favorite anak2 dan en. Suami serta saya juga. Semua pon boleh masuk sekali tanpa bawak banyak2 bekas. Best kan !!!!!
Tengok....kuantitinya pon tidak terlalu sikit dan terlalu banyak. Cukup2 untuk hilangkan mengantuk semasa drive.
Inilah penutup putih yang saya bagitau tadi. Tujuannya adalah untuk menghalang makanan yang lain tertumpah semasa kita dok hayal mengerjakan yang 1 bahagian. Masa perjalanan balik pulak, saya beli biskut ala2 chipsmore yang timbang kilo punya. Biskut tu pon saya sumbat jerk dalam bekas ni. Memandangkan semua kerepek pisang, maruku dan keropok paip ni dah sold out, saya keluarkan partitionnya. Belum sampai JB, biskut tu dah licin. Errmmm menyesal plak tak borong banyak kat Family Store Batu Berendam hari tu....
No comments:
Post a Comment