Nak citer sikit kisah agak lucu pagi tadi. Macam biasa, setiap pagi saya akan buat breakfirst for my kids n hubby. Hari ni sempat goreng nasi dan nugget serta air nescafe. Bila dah siap2 dan nak pergi kerja, tengok kat dalam jug, ada lagi air nescafe dalam secawan. Teringat pulak pada Eco Bottle 500ml yang saya dapat dalam beg goodies masa hari keluarga hari tu. Memang berangan nak rasmikan. Bangga giler nak tunjuk kat orang. Botol ni ada kat seluruh dunia, tapi hanya ahli KSK LPP dan PPN Johor ajer ada stiker hari keluarga kat tepinya. "Korang ada ???? Hahahaahha."
Kebetulan pulak en. Suami kata air tu agak manis. Jadi ada can nak minum panas skit kat ofis dengan bergaya. Air tu terus saya curah kedalam botol tu. Hajatnya, nak tambahkan air panas RO yang disediakan IPP. Bila sampai ke Ofis, saya terus melangkah menuju ke blok asrama IPP yang ada RO water tu. Dengan amat yakinnya, saya terus tarik paip yang warna putih. Dalam berangan2 tu, tangan ala2 tak bedung ni tergegar dan air dari paip tertumpah ke jari. "Adududududud...errrkkkk." Tetiba malu sendiri. Kenapa sejuk jerk air ni. Lorrrrrrrr baru perasan, paip putih tu untuk air sejuk, paip merah kat sebelahnya untuk air panas. Lepas tu terus blah senyum2 sendiri. Melepas nak minum air nest panas pagi tu. Masuk ofis, terus masukkan kat dalam fridge. Pekena nest sejuk tengahari ni yerk...."meh secewen!!!!!"
Thanks kepada Kelab Sukan dan Kebajikan LPP Johor (KSK LPPJ) kerana memberi peluang kepada ahlinya masuk tempat ni secara PERCUMA!!!!!!! yeyyyyy best sangat2. Tapi yang tak bestnya, tak dapat nak ambil gambar banyak2 sebab hujan tak berhenti2 dari pagi sampailah ke petang. Telefon i yang canggih tu menginap di dalam kereta sepanjang hari tu. kamera D90 abang Ajid pon tak boleh nak nolong.....huh!!!. Jadi entry kali ni syok tanpa gambar jerklah yerrr....

Boring dengar ucapan lama sangat, saya ajak dorang bergambar sebelum handphone ni en. Suami simpan kat dalam kereta.
En. Suami ajak saya meluncur kat mender alah ni. Walaupun seram2 sejuk dibuatnya saya ikutlah jugak sebab kesian kat dia takder regu. Kebetulan pulak Mia tidur dan ada mak yang nak menjaga. Pehhhhhhhhh!!!!!!!! Lepas sampai ke bawah, saya pandang en. Suami, "Lepas ni, ajak Arfan jerk yer. Saya dah kena darah tinggi ni." Sumpah mati saya takkan naik lagi tempat tu.
Inilah bekasnya....warnanya merah memikat dan boleh sumbat 3 makanan kering serentak sebab ada partition kat dalamnya. amat sesuai diletak didalam kereta sebab tak mudah tumpah walaupun tanpa penutup sebab ada satu lagi cover putih berlubang kat dalamnya.
Kerepek pisang, maruku dan keropok paip. Tu semua favorite anak2 dan en. Suami serta saya juga. Semua pon boleh masuk sekali tanpa bawak banyak2 bekas. Best kan !!!!!
Tengok....kuantitinya pon tidak terlalu sikit dan terlalu banyak. Cukup2 untuk hilangkan mengantuk semasa drive.

Tengok tu buat muka tak bersalah.....Arfan bengang jerk bila saya layankan perangai budak ngaruk tu.

Pujuk2 Arfan suh ambil gambar kenangan. Arfan pandai posing macho lerrrr...
Giliran Mia pulak. Tapi anak dara ni tak minat arrr potong kek. Tak heran pon dia. Terus blah wat hal sendiri. Tengok muka en. Suami.....huh takut lerrrrrrr.
Lepas dah kenyang, terus wat hal sendiri. Aiiiii lah anak.







4. Tadaaaaa........
