MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, February 24, 2014

AMBIK BUDAK BALIK SEKOLAH

Tak boleh nak temberang panjang hari ni sebab nak pi KL kejab lagi. Bulan ni jerk dah 3 kali pi KL tinggalkan anak dan my anjer huhu. Ada gambar Ahad lepas lom tayang kat korang. Gambar budak ucuk acin cik Mia jerk berlambak. Tolong jangan cirit birit haha. 

Oleh kerana en. Suami tak kerja hari tu, dia dah siap2 tunggu saya kat rumah untuk ambil anak2. Lepas balik kerja terus berdezup balik. Oleh kerana hari minggu, jalan tak jem, sebelum pukul 5 dah sampai. Terus siap2 mandi, sembahyang then pi ambik Mia kat sekolah. Ambik sekali dengan beg Wafiy. Masa Arfan tengok gambar ni dia boleh tanya kenapa baba O SOM dengan cikgu tu? Hahahaha
 
Lepas tu pi ambil Arfan dan Wafiy pulak. Bukan main kepoh cik Mia sementara menunggu Wafiy balik.

Bila en. Suami tegur, dia nak gigit lutut orang tu. Nasib tak dilututkan apak dia haha.

Cik Mia kan lorat lebih. Sibuk nak ikut en. Suami pi ambik Wafiy. Sekali selipar tercicir. Tapi menjerit macam kaki tercabut.

Ketibaan yang berbahagia Tengku Wafiy dengan baju dah rupa kain buruk. Baju tu baju PJ sekolah lama. Lambat betul nak dapat baju PJ sekolah baru ni. Kesian Wafiy.
 
Bila dah dekat malu2 pulak bila saya snap gambar. Dia kata malulah kalau kawan nampak. Mama ni macam jakun. Akakakaka hampehnyer budak. Mia, muka dah macam boduguard.

Oleh kerana dorang dah mengadu lapar, jom pi kedai Zaiton. Tengok nasi Mia, datang lawa2 tertenggek, sekali dikirainya.

 Tak puas peace duduk, peace berdiri pulak haha.

Lepas tu peace menggedik plak.

Tiap kali datang makan kat sini, Mia order telur dadar ngan nasi putih. Tak pandai lagi order air. Tapi bila air kitaorang datang, semua dia rasa. Mana yang berkenan kang itulah air dia.
 
Hah....ini set Arfan punya. Nasi putih tomyam campur. Kalau tak order pon budak kedai ni tau dah Arfan nak makan apa. Air kalau tak sirap kompom bandung hehe.
 
Ini pun kalau malas nak tunggu budak kedai ambik order pon boleh angkat tangan tunjuk ini budak. Muka pon dah iras nasi goreng pataya sos asing haha. Sos tu buat syarat jerk. Langsung tak diusiknya. Tapi kalau dorang terlupa nak bawak sos, nanti dia tanya mana sos?? Ini budak pon haderrrr. Milo suam! Kompom!!





Sunday, February 23, 2014

CERITA WEEKEND MOKCIK

Weekend lepas langsung tak kemana2. Dok bertapa kat rumah jerk. Mengemas.........mengemas......tak henti2 lepas tu budak2 ni buat sepah balik uwaaaaaaaaaaaa. 

Paling tak best rumah sebelah tengah buat renovate punyalah bising bergegar satu rumah. Dari pagi sampailah kepetang dok drill tak habis2. Itu bukan hari pertama dia buat kerja tu, rasanya dah seminggu dia dok pecahkan tak sudah2. Bila dah tak tahan, saya pon bebel2 marah2 apalah yang orang sebelah ni pecahkan tak siap2 ni, kalau nak robohkan satu rumah bom jerklah biar semua runtuh sekali. Lepas tu Arfan ketawa2 dok ingatkan cerita Mr. Bean yang bom cat untuk catkan satu rumah. Wafiy pulak kata mana sama, itu cat. Kalau bom nanti rumah kita pon runtuhlah. Bila dua2 tak puas hati, masing2 pakat nak pi rumah sebelah nak tengok apa yang dorang buat. Maka berpakat2lah kedua2nya. Lepas tu lari2 balik. Mama memang betul arrrr dorang robohkan semua. Lantai pon dorang robohkan. Saya pon jadi pelik, lepas tu skodeng konon2 basuh kaki kat paip depan. Makaaaiiiii memang betul rupanya dia robohkan semua. Baik toilet, bilik, ruang cahaya kat atas, lantai pon habis dia robohkan. Giler orang sebelah ni, beli rumah untuk dirobohkan hahahaha. 

Bila dah petang2, bunyi drill pon dah takder tak larat pulak dok terperuk kat dalam rumah. Keluarlah sekali sekala tengok kawasan rumah. Sebenarnya menyebok nak skodeng rumah sebelah. Nasib mengintai tak lama, kejab tu tuan rumah datang haha.

 
Nasiblah rumah dekat dengan playground yang tak berapa nak playground sangat tu. Dapatlah nak melindungi kekepohan mokcik petang2 tu. Tempat buaian dah takder buaian, jongkang jongket pon pemegang dah banyak yang tercabut. Tapi dari takder bolehlah buat menghibur anak2 dari dok menyepah rumah jerk. 

Hari tu en. Suami boleh balik awal pulak. Selalunya selagi tak maghrib jangan haraplah nak nampak batang hidung. Paksa dia pergi ambil Wafiy balik sekolah. Biar Mokcik tunjuk mithali layan anak2 kat playground selalunya takdernya nak bersidai kat sini hehe. Lepas tu dorang joint sekali kat sini. Bukan main lagi kanak2 dewasa itu melebih pulak.

Mia seronok mak pak teman main kat taman siap berjoget2. Kalau hati tengah happy dia suka joget gedik2 gitu. Cuba mood ke laut, semua benda pon dia hempas ikut dan dia jerk.

Malamnya pi makan kat kedai makan Zaiton. Kitaorang suka melepok kat sini sebab tempat ni murah, bersih dan budak2 kedai ni sangat ramah tamah. Sebelum pergi Mia terjumpa inai mekah yang kawan2 bagi masa pergi umrah. Tau pulak dia tu inai. Terus mintak pakaikan. Lepas pakaikan terus suh basuh. Manalah nak merah sangat nak ooiiiiiii. 

Omak sarung tudung diapon nak sarung jugak. Sedangkan pakai baju takder lengan. Bila angkat tangan nak betulkan tudung nampak ketiak. Siap budak2 kedai dok ngusik eeissssshhhh malu ni nampak aurat. Bila budak tu blah dia tanya kita balik aurat tu apa ma????? ketiak erk erk haha.

Hari esoknya kat playground lagi. Tayang inai lagi. Hajat hati nak jogging 5 round hari tu. Budak2 ni sibuk plak nak ikut. Belom pon seround, Mia tersadung apatah jatuh tertiarap. Meraung macam nak runtuh langit. 
 
Terus jerit en. Suami temankan anak2 kat playground. Semangat omak dia nak habiskan lagi 4 pusingan masih berkobar2 ni. Lari punya lari sekali kat kawasan hujung2 kat tangga tu baik jerk couple ni duduk himpit2. Dahlah tangga tu kecik jerk. Ni yang buat projek Mokcik terbantut tak larat ler nak tonton projek korang weiiii. Sedangkan waktu tu dah nak pukul 7, dah nak maghrib, kawasan berhutan plak tu. Berani betul erk korang. Buatnya ada hantu sergah padan muka korang.

Ini kat kawasan tengah2 trek jogging tu. Kawasan ni, kalau hujan, mudah sangat bertakung air. Sejak musim2 kering ni, sampai retak seribu tanah dia. Cik Mia suka arrr lari2 kat tengah2 ni sambil nyanyi2 ala2 hindustan gitu.


Gaya adik beradik masa baik. Tapi kalau bergaduh tak ingat sedara wokey. Yang abang tu bukan tau mengalah pon. Dia main belasah jerk ikut dan dia. Yang adik pon korang ingat tau nak takut. Lagi saja nak cari pasal. Kadang2 saya tengokkan ajer sebab dua2 sama naik. Bila dah tak tahan sangat dua2 saya bagi tambahan. Dua2 pon tak boleh bagi muka ni.

Saturday, February 22, 2014

JUMAAT LEPAS

Jumaat hari tu konon malas nak buat sarapan sebab nak mengemas bilik secara besar2ran hehe. Ingat nak terus masak asam pedas ikan pari kegemaran Arfan. Siap dah keluarkan ikan rendam kat sinki, nasi siap dah tenggek. Sekali Wafiy bangun sambil gosok2 perut kata lapar. Mintak buatkan milo nak cicah dengan biskut. Baru teringat dorang dah kenduri biskut lemak cap pingpong tu petang semalam tinggal bekas sisa biskut tu jer. Senangkan anak2 Mokcik, campak biskut lemak pon jalan hehe. Tapi biskut lemak tu memang kesukaan sekeluarga 3 paket pon kadang2 tak cukup sebulan.

Sambil garu2 kepala fikir idea apa nak kasi budak ni kenyang sementara nak tunggu masak lauk. Selongkar2 kabinet nampak ada tepung. Sila buat cekodok yer bibik! Bab masak, bab makan biasanya Mokcik memang tak boleh nak ngelat. Tak payah nak cari2 jalan nak skip ker haper, mesti kena sediakan jugak sebab anak2 tengah sedap makan.
 
Masa tengah menggoreng saya pergi hantar baju dah siap basuh letak kat pintu depan sebab mengganggu pergerakan kat dapur ku yang sekangkang semut. Bila patah balik tengok budak bau acem dah bangun tidur siap tolong kacaukan tepung lagi. Apsal makin teruk camera tab Mokcik ni. Nko jangan buat pasal kang Mokcik transform jadi note kang kang ngengeh.

Aiiiiiii teruk betul gambarnyer hah. Mokcik nak tayang kabinet baru pon tak boleh hah! aptb.

Wednesday, February 19, 2014

CITITEL HOTEL, KURSUS, BURGER ABANG BURN, AIR ASIA

Perrrggghhhhhhh seminggu Mokcik tak keudara hahahaha. Semua perkara terkejar2. Sampai badan pon jadi lembik. Selsema menjadi2 sampai sakit kepala berdenyut2. Bila bangun tidur, hidung rasa panas kering jerk. Lepas tu bila hembus hingus punyalah hijau pekat siap keluar darah lagi. Peliknya kenapa pulak mata ni hah jadi merah lepas tu bangun tidur punyalah banyak tahi mata yang kuning tu. Dah macam sakit mata pulak. Nak pergi ambil MC macam tak sesuai sebab badan taklah pulak demam. Tapi punyalah rasa seram sejuk semacam. 

Takperlah kita abaikan sahaja sebab setakat adik beradik selsema ni Mokcik dah imun. Dah macam antara selingan kehidupan. Kalau dua2 hidung ni boleh bernafas serentak walaupun seminit dua, saya akan rasa seperti keajaiban berlaku haha.

Sebelum cerita panjang meh tayang sarapan pagi kat Cititel Hotel. Ambik nasi goreng sebab takut makan nasi lemak kang mata jadi kuyu macam katak puru. Tapi bengangnya nasi ni ada rasa pahit2 lepas tu ada rasa keras2 sikit. Cuma manggo jus tu rasa sedap sangat. Jadi kasi tambah 2 cawan hehe.

Sebelum berangkat mari ambil gambar sekeping paras pinggang. Sebelum tu dah ambil kat cermin sebelah pintu yang nampak sampai ke bawah. Cermin tu tak ajaib. Gambar Mokcik nampak sangat gemuk. Terus delete. Malam pertama Mokcik tidur sorang walaupun katil untuk 3 orang. Dahlah malam tu masa tengah2 syok layan tv tetiba ada orang bukak pintu. Nasib Mokcik dah sangkut penyendal pintu tu. Kalau tak sangkut, kalau Mokcik tak bertenggek depan pintu tu, kalau Mokcik tengah mandi, tak ke nahas. Kuang hajaq!!! Rasanya staff hotel kot. Sebab pintu tu ada access card. Siap nak naik lift bercard bagai lagi.

 
Tu hah penceramah hari pertama. Wakil vendor untuk projek 1GovUC. Ingatkan dia bagi ceramah sampai esoknya. Rupanya esoknya orang lain pulak yang bagi ceramah. Campur dia ada 3 orang penceramah yang cover 2 hari. Pandai korang ehhh.....Korang bahagi 3, kitaorang pulun semua.

Malam tu Burger Abang Burn lagi haha. Sahlah budak2 ni dah kena mandrem Abang Burn. Burger ni Mokcik yang punya sebab rasa rindu pulak. Rasanya pon dah mula serasi dengan saya sebab malam tu burger ni rasa sangat sedap sampai licin dikerjakan. Siap kuis2 cheese kat plastik tu lepas tu jilat sampai bersih haha

Inilah couple comel yang bawa saya ke sini. Baru ada anak seorang pon comel jugak muahhhhh. Dorang ni tak habis2 meatball. Not my taste sebab takder carbo.
 
 
Sarapan hari kedua di Cititel Hotel. Pon ada rasa pahit2 sikit. Mokcik suspect sambal tu yang ada rasa cam tu. Semalam pon Mokcik ada ambik sambal gak. Pahit2 pon licin gak hehe. 

Inilah kawan sebilik saya setiap kali ada kursus. Sangat cantik, baik dan rajin. Oleh sebab itu dia sangat busy. Ada jerk orang call tanya itu,tanya ini. Kena sediakan itu, kena sediakan ini haha.

 Sebelum habiskan kursus mari kita ambil gambar dulu buat kenangan.

 
Pura2 tak perasan gambar kena ambil haha. Sedangkan tangan sendiri yang snap. Giler berlakon hahahaha. Ni gambar kat dalam bas masa nak pi LCCT. Terpaksalah naik AirAsia balik Johor sebab kursus habis dah petang dan kenderaan pejabat takder nak ngantarin pulang.  Tetiba loghat indon keluar. Maunyer idak, pening kepala dok dengar dorang speaking minang kat dalam bus. Penuh orang Indon dalam bas tu. Haper nko ingat naik flight tu keelasss sangat kerrrrr huhuhuh.

Eh!! Tetiba gambar bontot saper ni hahaha. Sebelum kapal ni terbang, naklah ambik gambar kat dalam fight kononnya. Sekali entah error apa camera tak function. Tapi bila snap dia kuar gambar gak. Konon nak tangkap gambar depan, hagak2 lerrrr snap depan. Bila snap kuar gambar belakang nampak kaki amoi manatah tengah masukkan beg kat belah atas tu. Cet!!!


Inilah gambar kat depannya yang main hagak2 tu. Macam ni jerk yang dapat ambik dengan tudung dah pakai dua hari sebab tudung satu lagi tertinggal brooch yang gedabak besar tu. Muka pon dah kelam sebab habis jer kursus terus cabut pi KL Central. Lagi dengan baju kurung jalan gedebak gedebuk sebab flight parking jauh sangat. Masa tengah jalan ramai2 tu baru teringat apa ker bangang jinjit beg berat konon nak jimat sangat ni uwaaaaaaaaa.

Wednesday, February 12, 2014

BERAMAH MESRA

Perrrhhhhgggggg menyirap jerk bila dah ambik2 gambar sekali battery kong. Muka Mokcik belum sempat nak snap. Satu pon gambar tak masyuk arrrgggghhhhh dahlah asik orang jumpa kata Mokcik nampak qughuihhhh ari ni. Naklah kongsi dengan korang jugak kan kan tolong jangan muntah berlambak hokey haha.

Hari ni pengerusi PUSPANITA LPPJ datang untuk majlis beramah mesra PUSPANITA kat opis. Datang dengan selipar jamban jerk sebab dari lawatan projek PPK. Dah tak boleh menolak sebab budak2 hantu ni dah heret dia depan pintu opis. Nak tak nak terpaksalah dia masuk jugak. Bengong betul budak2 ni main paksa2 orang. Professor plak tu.
 
Bagus gak prof datang hari ni. Dapat makan kek sedap ni. Nak beli mahal ni hehe.

Sempoi jerk puan professor ni. Bila bercakap penuh dengan keyakinan dan sangat berpandangan jauh.

Mokcik ni sambil potong kek sengih2 feeling orang nak nyanyi lagu birthday untuk dia. Takder maknernya. Cepat potong!!! Mokcik nak makan ni haha.

Tuesday, February 11, 2014

KELUARKAN APA YANG ADA

Hari ini malas nak membebel bukan2. Godek2 kat PC adalah gambar2 yang tak sempat nak publish. Jom kita selak2 gambar jer eh. Kalau ada saper2 yang rasa nak muntah tengok, sila tutup jerk url ni paham!!! Haha.

Ni gambar masa gi breakfirst ngan anjer saya hari tu. Dah susah sangat nak makan sama2 sebab sorang kerja kat selatan, sorang lagi kat utara. Makan soto pagi2 letak begedil seketul perrggghhhh sedap sungguh. Bila dah kawin ngan orang Johor, duduk pulak kat Johor, tekak ni terima jerk apa makanan yang takder kat Melaka. Ekekeke yang sebenarnya memang kaki makan pon lagi nak kona2.

Ni gambar masa hari pertama Wafiy sekolah agama sesi pagi kat sekolah baru. Budak kat sebelah tu beriya jalan sambil pegang tangan Wafiy. Siap cakap apa tah macam abang kasi nasihat kat adik. Wafiy pulak dah termalu2 haha.
 

Skodeng Arfan kat kelas agama sesi petang. Muka stress sebab kena sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Masa baru2 hari tu bila balik jerk asik mengadu itu tak betul, ini tak bagus, situ busuk, sini kotor. Lepas tu ada 2 ker 3 hari asik mengadu kawan2 ejek dia hitam. Saya pon naik pening macam mana nak pujuk. Tapi Alhamdulillah sekarang ni dah tak bunyi rungutan lagi dah.

Wafiy masa hari pertama sesi petang kat sekolah baru. Oleh sebab hari pertama, parents hantar anak2 dorang awal. Mungkin sebab dah penuh, cikgu pon bagi taklimat awal. Bila kitaorang sampai, semua dah beratur. Berpusing2 cari kelas Wafiy, bila dah jumpa kenalah beratur belakang sekali. Kesian......budak baru takder kawan lagi.

Gambar masa celebrate birthday Mia hari tu kat KFC. Sila abaikan lengan gebu Mokcik mana tah tu. Kalau goreng dengan tepung KFC pon menyelerakan tu huhu.

Ini namanya budak terlebih rajin. Ini adalah tidak disengajakan yer. Omak dia maafkan dan kembang2 hidung dok bantai gelak. Sejak dah sekolah ni, dia kan suka mengaler. Sambil2 kaler mata tengok tv. Bila mata tengok tv, bontot kaler tu dia gesel2 kat mulut dan kat pipi. Sekali dengar en. Suami terjerit sebab tengok muka Mia comot. Cik Mia pon terperanjat bila dengar apak dia bulat mata pandang dia. Lepas tu satu rumah ketawa ramai2 tengok cik Mia dah macam miaw2 haha.

Gambar ni masa kitaorang pergi bazar karat kat bandar haritu. Oleh sebab cik Mia dah merengek2 nak beli jam kat satu kedai tu, saya pon suruh en. Suami pergi jerk bawa dia. Saya singgah kat satu kedai yang jual pakaian budak. En. Suami ingat lepas tu saya tunggu kat kereta, jadi dia pon pergilah kat parking kereta. Sempatlah ambik gambar ni sekeping. Tunggu punya tunggu rupanya saya tak habis shopping lagi kat kedai tu. Sebab risau bini dia kena culik ker haper dia pon patah balik mencari adinda dia ni hah. Tak pasal2 dah kena pau beli baju Mia hehe.

Arrrrhhhh gambar2 lepas ni Mokcik sukerrrr. Ini sarapan saya semalam. Semalam saya ambil cuti sebab ada orang datang rumah. Masa ni dalam pukul 8 pagi gitu. Lontong kering dengan rendang daging. Punyalah banyak mak aaaiiiiii. Cuba jugak nak habiskan tapi apakan daya.....

Nasi lemak ini milik en. Suami. Tapi nasiblah makan berat2 macam ni pagi semalam. Sebab pukul 4 baru orang yang datang rumah tu balik. Giler merana lapar. Sampai lunch pukul 4 petang tu pon terlupa ambik gambar. 

Muka en. Suami yang toyer sebab bengang makanan dah ada depan mata pon takleh nak makan lagi. Jab ahhhh ambik gambar dulu hehe.

Sunday, February 9, 2014

MAYBANK VS CIMBBANK


Main google jerk logo bank ni. Kalau bukan yang sebenarnya harap maaflah yer sebab Mokcik tengok macam sama jerk macam betul jerk alaaaa lawak tak jadi haha meh ketawa sendiri jerk. Tapi rasanya korang pon bukan perasan sangat pon logo sebenar yer dak. Asal kuning Maybank lerr, asal meroon2 gitu CIMB ler kan kan.

Apsal pulak tetiba masukkan logo bank plop??  Sebenarnya tengahari tadi saya pergi Maybank Taman Daya. Keluarkan sikit eh banyak ok sebab nak perabih semua untuk besok hari. Sedih........kumpul bertahun2, esok gedebuk kasi kat orang. Tapi kalau tak kasi nko jugak yang duduk tak senang, berangan tak sudah, laki pon terlupa sebab dok mengigau bender tu jerk.

Ok! Melalut sudah, balik pada cerita asal. Tajuk dah macam nak lawan bola jerk haha. Sebenarnya saya pelik asal berurusan nak keluarkan duit ASB dengan Maybank jerk semua senang, semua mudah, semua pantas. Macam tadi, saya dok terpikir2 nak koyakkan kupon parking sejam ker setengah jam. Memikirkan pengalaman yang lampau, saya koyakkan yang sejam. Kang dah kena saman nko jugak yang menonggeng2. Sekali masuk Maybank, terus jerk isi borang keluar ASB, ambik no. kat tingkat bawah, jejak jerk kaki kat tingkat atas, no. giliran dah kena panggil 2 kali. Nasib kaki tak bersilang sebab sebelah nak pi cari tempat duduk yang sebelah lagi nak pergi kaunter. Tak sampai 10 minit selesai. Adeh rugi kupon parking. Rasa macam nak lelong jerk kat orang ramai tadi kasi 30 sen pon oklah ngehngeh. Oleh sebab ada plak salesman jual mender tah Mokcik cepat2 lock pintu, start enjin bye2.

Apsal saya koyakkan kupon parking sejam ??? Huh nak cerita panjang, tapi ceritalah jugak kang blog ni pendek sangat haha. Macam ni, Sebelum2 ni, saya pernahlah keluarkan duit ASB tu kat CIMB tapi punyalah lama nak menunggu. Lembab nauzubillah. Saya tak pasti kenapa tapi memang hazablah kalau nak keluarkan duit ASB kat CIMB. Memang kaunter untuk ASB dia dah khaskan kat satu lorong jer. Tapi dia main selang seli dengan urusan lain perrggghhhh menyirap. Kalau selang seorang takper jugak ini sampai 4 ker 5 orang baru no. nko kena panggil. Kalau nko sorang jerk ok gak, sekali 4 ker 5 orang gak nak keluarkan duit tak ker hazab. 

Paling best kalau nak keluarkan waktu dapat bonus ASB. Awal bulan 1 hari tu nak pakai duit jugak, memang tunggu2lah hari bonus ASB keluar. Pergilah kat CIMB Taman Daya. Memang tau pompuan manager kot kat situ memang kekwat skit. Tapi sebab malas nak cari tempat lain, pergi jugak. Masa nak ambik no. tu siap dia cakap dengan muka kerek kalau nak update buku ok. Kalau nak ambil duit datang jer hari lain sebab hari ni Q ajer dah 50 orang. Perrrgghhhh bukan marah sebab yang Q 50 orang tapi meluat betul sebab kerek nak mamp. Sebab meluat terlampau Mokcik blah. Oleh sebab duit tu nak jugak transfer kat acc CIMB, Mokcik pergilah jugak menapak eh tipu drive ke CIMB lain. 

CIMB bertuah hari tu ialah CIMB Impian Emas. Perrgggghhhhh punyalah lama mak datuk. Kalau nak terberak dah terkencet hokey. Mokcik tunggu 2 jam nak transfer duit tu. Dengan nak pengesahan ic lah, siap kena print maklumat kat ic tulah, lepas tu tunggu macam nak giler, tang tung tang tung bagai barulah lepas seksa. Tapi terubatlah sikit sebab yang tarik no. giliran tu walaupun gelab gulita tapi lembut jerk bila berbicara.

Apsal tak pergi jer pejabat pos? Sebelah ofis jerk pon. Hehe yang ini pon masalah jugak sebab duit nak pakai besok pagi. Dah pernah pergi sebelum2 ni. Kalau nasib baik, dapatlah amaun yang kita nak. Kalau idak nko kena ambik sikit2 sebab duit madang tak cukup ikutlah transaksi masuk hari tu huhu. Transaksi keluar Mokcik kan banyak........sekali keluar juta2 hokey hahaha. 

Amboiii!!!!! Teruk bebenar nampaknya CIMB ni Mokcik bantai berdas2 haha. Dahlah gaji, TNT, duit sakit pening semua dorang uruskan. Akaun nko kena block baru tau haha. Jangan gitulah yerk abam CIMB.  Dalam meluat2, dalam benci2, dalam sakit hati....Mokcik sayang jugak kat CIMBclick berbanding Maybank2u. Pada saya, CIMBclick lebih userfriendly berbanding Maybank2u. Lebih mudah nak tengok dan report dia lebih senang nak faham. 

Ada sekali, masa tu dah lamalah. Pagi2 buta saya dah bukak CIMBclick ni. Tapi dah lupa sebab apa. Masa tengah bukak tiba2 error. Tak sampai 15 saat ada call masuk. Orang tu kata dia dari CIMB dan tanya ada tak saya bukak CIMBclick tadi. Saya cakap ada. Lepas tu dia tanya saya buka dari mana? Saya jawab JB. Dia double confirm dengan saya sebab tiba2 server dia detect yang bukak CIMB tu dari negara luar dah lupa apatah dia sebut hari tu. Terus dia block. Tengok!!! Betapa menjaga customernya mereka. I love CIMBclick hokey hehe. 

Oleh yang demikian, saya sayang kedua2 mereka. Tapi tolonglah perbaiki kelemahan masing2 yer. Kita bukan nak berurusan setahun dua, tapi selama2nya muuuaahhhhhh!!!!!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...