MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, September 30, 2014

SELFIE

Pagi2 datang opis hidung dah merenyam2. Bukan hari ni jerk ni. Dari minggu lepas hidung resdung Mokcik terseksa. Sekarang ni, kalau korang datang opis ni, terus jerk boleh berkenalan ngan  Mokcik yang asik2 nak betul tudung sebab pakai shawl baru. Baru betul sangat ni sebab lom sempat basuh pon. Tak payah nak bazirkan air, kita pakai dulu baru pi basuh untuk menyokong kempen penjimatan akakaka. Oleh sebab Seminggu dua ni opis Mokcik mengamalkan sikap terus dan telus sebab masa korang kat dalam kereta pon dah boleh nampak kitaorang. Turunkan cermin kereta jerk terus teriak nama orang yang korang nak jumpa nanti orang tu terus toleh. Nak jumpa pon tak payah dah nak cari pintu masuk bagai, kat tingkap jerk dah boleh sattle problem sebab semuanya dah terbarai akakakaka. Habuk jangan cakaplah, nko lap pagi, tengahari dah seinci habuk melekat balik (itu tipu).

Oklah pagi2 ni jom ikut Mokcik layan gambar2 selfie yang nak kasi buang dari phone macam2 perangai pelik ni. Sambil tu bersin2 sikit sambil gosok2 mata aarrrrgggghhhhh muka pon dah gatal2 ni.
 
Haha gambar mesti ada makanan punya. Haritu boss Pendaftar belanja semua urusetia yang buat kerja kat Mesyuarat Agung PPNJ makan domino kat cawangan dia. Semua gigih bekerja katanya. Nak gak selfie tapi Mokcik tak berapa pandai nak cover semua. Muka sendiri pon masuk separuh jerk.

Ni selfie ngan family OTW balik dari kampung ke JB masa cuti sekolah hari tu. Plan tak nak balik kampung sebab ingat nak balik masa raya haji jerk. Sekali anak2 paksa balik jugak. Omaknya terpaksalah gak menurutkan kehendak anak...........konon!!!!

Ni pulak selfie semalam dengan tudung baru beli ngan kawan jual kat opis. Mokcik ni biasalah kalau kat kedai madang tak berkenan. Tapi bila dah ada depan mata, belek2 boleh sekali angkut 3 ekekeke. Ni dah belit kali ke dua budak tecik paksa bukak balik suh lilit ala2 remaja. Remaja sangattt......
 
Inilah budak tecik itu, ratu belit2. Asiklah buat taklimat kecantikan dengan Mokcik. Haha den tak sempat dik ooiiiiiiii. Eh! Bibir I tu bukan pucat yerk tapi lipstick ikut tema warna tudung. Nko hader!!!!!


Selfie pulak ngan buah duku kat kebun belakang umah omak opismate. Masa lunch lari kejab pi kutip buah. Susah gak erk nak petik buah duku ni. Nasib ada badang2 tua yang ikut sekali bolehlah panjat2 pokok, lawan2 semut  gigit, lap2 peluh menjejeh. Mokcik tukang pungut jerk melayankan angin yang sepui2 bahasa, lepas tu bawak masuk mulut. Lebih2 kang baru masuk bakul ngeeee.


Semalam lunch kat Old Town dengan budak tecik lagi. Cantik pulak gambar dari en. OPPO ni. Mokcik nampak cam umur 25 keeennnnn.


Last! Selfie kat bilik opis yang fresh air. Sesekali datang by pakej segala debu dan bau. Telus dan terus kan kan.

4 comments:

Lynn Huraiza said...

Wahh...dah pandai selfie...bagus ni...

y i e n said...

1st time tgk buah duku, hahaha~

Azlina bt. Azis said...

Lynn Hamzah, selfish lagi pandai haha

Azlina bt. Azis said...

pink velvet, eh! London sangat ni haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...