MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, September 10, 2014

KERUSI PINJAM

Malam tadi dok curik data en. Suami kejab sebelum tidur. Sekali nampak @fauziahahmad dok komen bila nak pulangkan kerusi putih??? Lepas tu Mokcik buat aksi senyum bibir senget dengan angkat2 kening. Plezzzzz lah @fauziahahmadaud !!!!! Eh! Haha kerusi I tu dah sampai kelmarin hokey! Tapi setelah diugut oleh en. Suami ku yang gagah perkasa adanya akakakakaka. Mokcik tak taulah macam mana gaya en. Suami bila bergaya gangster. Adakah seperti oppa gangnam style op op opop hahahaha.

Gambar kerusi berbalut inilah yang menjadi viral semenjak raya hari tu. Asiklah kena perli dek budak2 terlampau. Sebenarnya Mokcik berkenan yang warna hitam. Yang design dia ada aura2 orang kaya yang poketnya bunyi kecing2 memanjang. 2 minggu sebelum raya Mokcik dah sattle bayaran sebab dah kira2 kalau hutang interest dia punyalah tinggi boleh bayar viva laki mokcik tu hampir untuk 3 bulan adanya. Koreklah celah2 sit kereta yang anak2 mokcik suka sumbat syiling semata2 nak meja makan baru beserta kerusi ala2 hartawan walaupun hati sangat bermuram durja dengan tile x lawa kat dinding tu. Bila dah cukup seguni, pilah bayar kat kedai kengkonon nampak class sangatttttt. Janji seminggu lagi raya barang sampai. Dah nak raya dia telefon kata meja jerk ada. Kerusi yang saya nak takder. Eh! Eh! Boleh??? 

Maka terjadilah drama kerusi pinjam itu dah nak hampir 2 bulan hah asiklah jawab kerusi yang saya nak takder stock. Kitaorang yang baik hati serta sopan santun ni pon sangguplah tebalkan muka suh tetamu duduk kat kerusi berbalut ni semata2 risaulah kerusi pinjam ni terkotor ker, tergarik ker. Baru jer haritu Mokcik tanggalkan balutan sederet kat belah kiri tu. Plastik dia dah terlondeh dan berkirai. Buatnya tersangkut kat kaki maunya jadi gimnas negara pulak.


Tadaaaaaaa!!!!!!! Kerusi Mokcik yang sebenar2nya dah sampai. Tapi, tapi bila dah sampai rasa cam best lagi kerusi putih tu. Sebab material PU dia rasa berbeza. Lepas tu kerusi ni agak ringan dari yang putih tu heeemmmmm. Tapi tetap cannot color putihlah nanti Mokcik asik nangis jerk. Zill Faezrull nak pujuk ker ker.

2 comments:

Lynn Hamzah said...

huwarghhh...cantik set meja makan...kak yong nak juga ler...

Azlina bt. Azis said...

apa lagi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...