MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Saturday, September 27, 2014

OUTSTATION

Hai U oolllllzzzzz lama plak Mokcik menyepi diri dari dok pampang2 gambar makan kan kan. Sebenarnya Mokcik tengah kumpul2 gambar makanlah untuk korang sepanjang minggu lepas akakakaka. 2 hari jerk ada kat opis. 3 hari lagi I kuar outstation. Gambar wat kerja xder!!!! Sebab masa wat kerja mokcik sungguh2 (sambil jengketkan kening) Gambar makan berlambak sebab waktu tu jerk I boleh main2 Paham!!!!

Perrggghhh tengok balik gambar ni, Mokcik kecur lagi. Pekena masa pi outstation kat Kota Tinggi. Oleh kerana masih awal, pilah cari kedai nak isi perut. Umpama mencari cinta yang hilang, jumpa jugak kedai sarapan dulu kat sebelah Shell sebelum sungai kat Kota Tinggi tu. Sekarang dah pindah kat depan sungai tapi dari jalan besar kena masuk kat simpang kanan sebelum hotel yang dah tinggal rangka jerk sekarang.  Mee rebus ni sangat terbaik Mokcik tak tipu. Mokcik sangat suka sebab ada ikan bilis. Haha tambahan ikan bilis jerk pon tapi kedai ni berduyun orang sebab segala sarapan kat sini sedap belaka. Ayam goreng dia selalunya Mokcik tak pernah tinggal, tapi sebab takut tak sempat habis Mokcik order ni jerklah haritu.


Lunch layan pulak Nasi Ayam Baser. Restoran ni very pofular kat Kota Tinggi. Nak Waze ker, tanya orang ker, kompom jumpa tanpa ragu2. Tempat kitaorang makan ni, yang dekat2 ngan sungai. Ada satu lagi dekat ngan pekan Kota Tinggi tu. Saper rasa diri puteri lilin boleh pi kat sana sebab beraircon. Kat sini open style. Parking pon senang. Nko tengok budak tudung pink tu, terpaksa korbankan diet sebab sedap punya pasal.

Portion untuk 4 orang. Tak sempat nak snap ayam dah luak ke pinggan.

Sampai rumah dah terlambat sikit. Rushing masak asam pedas. Kebetulan bahan2 dah ada cepatlah kerjanya. Tangguh2 kang ada gak bende dah sampai berlendir.


Outstation hari kedua, tuan urusetia call suh terus pi kawasan sebab masa kat Kota Tinggi sarapan yang tersedia tak berusik bila masing2 dah kekenyangan. Bila whatsapps kat kawan2 gambar ni, masing2 dok berkenan kat kuih hijau tu. Tapi cekodok jugak yang laju masuk perut. Eh! Ada nasi lemak gak sebenarnya. Dalam perut kot dia menyorok akaakaka.



Tengahari tu kitaorang lunch kat depan PPK Rengit jerk tapi kena seberang jalan. Pekena asam pedas claypot. Doa pon tak sempat baca ni, budak diet secara xtream sudah lesapkan sepotong telur dadar itu. Tapi kurang feellah makan kat sini. Dah campur telur masin pon rasa dia tak up. Tapi tetap licin jugak ngeeeeeee.

Oooiiissssshhhhhh paling bolat! 

Sampai rumah dah nak pukul 7 malam. Kita tambahkan rezeki kat kedai Zaiton kat depan jalan jerklah. Mama korang pon lotih ni hah. Esok kena outstation lagi. Lagi jauh. Nanti kita tengok leh makan apa lagi ekekekeke

Esoknya kena pi Muar. Kalau keluar tol Yong Peng Utara, menghala ke Sri Medan, betul2 kat traffic light yang ada surau warna biru tu, ada gerai sarapan Mokcik wajib singgah. Kat situ pagi2 ada nasi ayam dengan soto antara yang terbaik Mokcik pernah jumpa. Kalau penuh takder tempat duduk pi jerk kat belakang gerai tu ada bangunan kedai baru pon dia punya gak. Adooiiii tetiba kelaparan ni........



Sampai kawasan, ada kuih lagi untuk selingan sementara tunggu turn bentang2 report hah!


Lunch pulak nasi campur giler marvoleus. Daging masak lomak tu sangatlah sedap rasa nak hirup2 jerk kuah dia. Nasiblah muka lom cukup tebal nak mintak tapau bawak balik hahaha.


Mokcik menyirap jerk dengan guard pendaftar ni. Dahlah lewat petang baru habis bentang report. Otw balik boleh dia mengadu lapar lagi suh berhenti kat RnR nak makan lagi. Eh mangkuk ayun ni! Makan jerklah kat rumah nanti. Asiklah memekak lapar kat dalam kereta, lepas tu wat ketawa sewel bila tengok Mokcik bengang dah lewat sangat. Sambil tu kondem pulak blog Mokcik. Sampai RnR, kena belanja Mokcik pau seketul. Padan muka!

2 comments:

Lynn Hamzah said...

amboooooiii...makan sajer...seronok ler orang tu...

Azlina bt. Azis said...

jangan marah arrrrrr!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...