MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, September 29, 2014

ACCIDENT, CLAIM INSURANCE OR SATTLE TEPI

Aaaaaiiiiii nasib!!! Khamis lepas kereta cari rezeki Mokcik kena sondol kat jalan UTM. Aduhaaiiiiii selalu tengok orang lain kena, lepas tu menyirap jerk sambil kecik2kan mata sebab jalan dah jem pagi2 buta korang boleh pulak dok bincang2 lagi kat tepi jalan gitu. Kali ni Mokcik pulak rasa. Berdenyut2lah kepala dok pikir apsallah boleh malang sampai jadi macam tu walaupun en. Suami selalu cakap relakslah bukan awak yang salah pon kan kan.

Ini kali ke 3 Mokcik kena sondol2 ni. Seksi sangat kot montot Avanza tu. Ada kena mengena ker?? Haha. Pastinya setiap kali kena, Mokcik tolak segala prosedur pada en. Suami. Sukatilah nak sattle cara mana.

Kali pertama dulu bagus jerk Mokcik parking kat opis, tau2 belakang kena langgar dengan opismate masa nak reverse. Cantik jerk orang tu telefon Mokcik tengah lunch kat luar suh pi repair nanti dia bayarkan sedangkan malam tu baru jerk en. Suami pi jahanamkan bumper depan Mokcik boleh terlajak masuk dalam longkang rumah flat balik dari lunch kat luar. Malam tu Mokcik membebel kat en. Suami kata dia careless person, menyusahkan, mana ada masa nak repair, nak keluar duit lagi  tang tung tang tung akakakaka nasiblah dapat bini yang ramah tamah sangat ni. Sakit betul kepala masa tu pikir depan belakang kereta dah kemik sana sini. Masa tu pulak en. Suami kerja driver on call sesuka hati jerk bos dia panggil kerja pukul berapa pon. 24 hours kena standby then no weekend. Kat rumah Mokcik kena sattlekan segala datuk kerja dengan anak2 sepenuh masa sebab en. Suami jarang betul ada kat rumah. En. Suami suh Mokcik sattle insurance jer sebab bumper dengan bonet belakang kemik sampai atas. Tapi sebab sangat baik ngan tukang langgar, Mokcik kata tak payahlah. Orang tu kata dia bayarkan nanti. Eh!!! Baik benar ni. Masa en. Suami yang buat bukan main lagi menyinga. Tapi masalahnya Mokcik tetap jugak nak tunggu en. Suami free untuk hantar repair. First, itulah satu2 kereta yang ada kalau dah tinggal repair Mokcik nak bergerak macam mana lagipun tak yakin nak bawak kereta lain kalau ada sekali pon. Second, Mokcik malas nak bekejar2 sendiri sebab segala kerja dan handle anak2 dah sangat memenatkan. Orang tu pulak asiklah tunjuk baik nau berkali2 suh jugak pi repair sebab kesian tengok belakang kereta buruk benar. Then dia cadangkan kalau takut lambat siap, pi jerk ketuk dulu, bila free lagi baru pi cat pulak. Mokcik pun bertekak ngan en. Suami suh curi gak masa pi hantar bengkel sebab masa hujan, tengok kat belakang ada takungan air. Dalam sibuk2 tu, en. Suami pi jugak ambik quotation then tunjuk kat dia. Orang tu terperanjat tak percaya then mintak kitaorang hantar kat area Pontian. Dia kata lebih murah buat kat situ. Bayangkan duduk kat Taman Daya tapi kena pi ketuk kat Pontian punya jauh dengan en. Suami yang asiklah busy memanjang. Mokcik bertekak lagi dengan en. Suami suh ikutkan kata orang tu pi ke Pontian, sedangkan en. Suami tidur pun asik tak menentu. Akhirnya dia setuju jugak dan minta kebenaran untuk ambik cuti hari tu, mula2 bos dia setuju, bila tengah2 buat kereta tu bolehlah pulak bos dia call kena gak buat kerja petang tu. Bos dia siap pergi sendiri  kat bengkel tu then dorang pon bekerja sampai awal subuh then patah balik ke Pontian untuk ambil kereta. Masa balik en. Suami dah marah2 mungkin sebab terlalu penat. Tapi yang tambah terbakar pakcik tu bila mulut Mokcik pon tak boleh diam sama naik sebab kita sendiri pon sama penat nak handle itu ini. Tapi masa tu memanglah drama bergaduh ni sering tercetus dek kerana sama2 penat kot. Oleh kerana takder masa nak berpisah dengan kereta, kereta tu tak bercat hampir sebulan sampaikan lalu mana2 pon orang boleh kenal tuan punya kereta. Sangat meninggalkan identiti haha. Lepas en. Suami berhenti dari buat kerja driver tu sebab dapat offer kerja dari EON then Mokcik sms orang tu minta bookingkan bengkel sebab nak hantar cat. Tetiba dia boleh cakap yang sebenarnya dia kecewa sebab masa pi ketuk hari tu Mokcik langsung tak berterima kasih dengan dia. Uiikkkkkk!!!!! Apakah drama ini????? Sedangkan selepas ketuk tu, kitaorang ada gak bergurau2 macam biasa tak pulak dia tegur pasal tu.  Mungkin memang Mokcik terlupa berterima kasih, tapi..........kereta aku belum sattle repair apahal pulak nak berterima kasih?????????? Tapi Mokcik still minta maaf baik2 then minta dia bookingkan tarikh dengan bengkel tu. Tau apa dia cakap??? "Saya sibuk takder masa tengoklah nanti." Oh!!! Boleh gitu??? Saya mula berfikir mungkin bengkel tu kenakan harga yang boleh tahan mahal untuk ketuk tu dan menyebabkan dia keluarkan belanja yang agak besar. Sekarang Mokcik bolehlah pulak mintak dia cover cat lagi, nak kena bayar lagi huhu. Mokcik tak cakap apa2 lagi dah lepas tu tapi macam biasa hilang seorang kawan dunia Mokcik takkan kiamat hokey!!! Dia pon buat muka selamba jer lepas tu. Boleh!!!!! Haha dasar mangkuk hayun.The end kisah ini, en. Suami ku dengan rela bawak kereta tu pi cat then bayarkan guna duit poket dia tanpa disuruh atau dipaksa. Haha haruskan ada cinta yang kurang terhadap si dia???? Auuwwwww itupon dah sangat2 romantik ngeeeeeeeee.


Eh! Lapar pulak tengok gambar Mia makan nasi kukus dah petang2 ni. (Selingan kejab penat bebel2 panjang ni haha)

Kes kedua terjadi kat Taman Daya masa nak pergi kerja betul2 dekat kuil India yang ada jalan keretapi kat bawah jalan raya tu. Elok jerk semua kereta sopan santun ikut turn nak keluar simpang yang ada Petronas berdepan ngan JPJ tu .....bang! Kereta Wira langgar belakang Mokcik. Masa tu tak ada pengalaman kena langgar lagi jadi Mokcik ingat enjin mati sebab tak pandai imbang minyak sekali Eh! Aku kan bawak auto, mana leh mati enjin. Tengok belakang sekali tengok kereta tu elok jerk bagi signal nak parking tepi. Telefon kong, bagus! Mokcik nak mintak tolong saper ni. Turun kereta tengok belakang tengok bonet kemik kat belah kanan then bumper pecah sikit. Mr. Cina tu suh hantar kereta kat bengkel dekat2 situ then bagi no. phone dia. Mokcik ni terkial2 dok nak cari pen dalam kereta tak jumpa. Sekali jumpa color pensel Arfan tertinggal then conteng kat resit shopping kat mana tah akakaka. Sampai opis terus call en. Suami suh pi sattle ngan Mr. Cina tu. Sonang tui kerja Mokcik akakakaka. Lunch kitaorang pi jumpa Mr. Cina kat bengkel tu then dia desite nak claim insurance dia sebab Wira dia rosak boleh tahan. Memang pon, bonet depan terangkat then bumper depan dah rebeh. Terus pergi buat report then tinggal kereta kat Toyota Service 2 minggu, lepas tu semua sattle. Tak payah nak sentap2 bagai kan.

Mokcik ni bukan suka pon makan spagetti, tapi bila dah lapar2 ni, nampak gambar masa makan kat Angah D&C ni pon dah rasa teruja2 gitu akakaka.

Kes ketiga, jadi Khamis lepas lori jalan gedek2 punya pasal kat lorong kiri jalan Pontian - Johor menyebabkan Mokcik leh bertukar lorong ke sebelah kanan. Biasalah kalau dah belah kanan semua suka laju2 break, laju2 break, tetiba kereta depan emergency break. Mokcik pon break sekuat hati. Mata dah terbeliak sebab dah dekat sangat dengan kereta kat depan. Sempat break, baru nak ucap syukur tiba2 bang! Terasa belakang pulak kena langgar. Serta merta teringat hari tu terlupa baca doa naik kenderaan! Sengal!!!! Bila keluar kereta, tengok lelaki India pulak yang keluar dari kereta belakang dengan bonet leh tahan gak kemik dia. No. plat pon dah terbarai. Pakcik tu panik sebab jalan dah start jem.

"I'm rushing tu send my kids to school can we sattle it later?"
Rasa macam nak lempang dah sondol kereta aku nak speaking London plak. Aku nak tulis ni pon ntah orang paham ker idak, ini nak suh jawab nko cakap hah.
"Wait! My husband OTW came. You can sattle with him." Tapi dalam hati terkekeke sebab rasanya en. Suami punya English lagi dasyat dari Mokcik.
"Traffic jem already. Better you keep my number then we sattle later."

Oleh sebab nampak cam orang leh bawak runding dan bumper Mokcik jerk nampak calar sikit, Mokcik okkan jerklah. Lagipun lidah ni dah rasa kebas pulak kena praktis English pagi2 akakakaka. Tapi ambik no. kereta siap2 sebab dia just pakai kereta Persona jadi en. Suamiku leh check kat sistem Proton.

Bila en. Suami check dia kata bukan India. Tapi Bangla, lecturer kat UTM. Patutlah sepatah haram tak boleh cakap Melayu akakakaka. Bila en. Suami telefon pon dia pass phone kat student dia suh jawabkan. Dia tanya kena bayar berapa then en. Suami dah belajar dari pengalaman dah mintak kat Toyota siap2 quotation berdasarkan gambar yang Mokcik dah whatsApp. Rupanya reverse sensor pon pecah gak. Jadi harganya haruslah up jugak. Kang tak buat macam tu, dorang ni main cincai jerk last2 sakit hati sendiri. Bila dia tengok harga......dia sendiri desite suh buat report then claim insurance. Bagus! Walaupun banyak kerja sikit tapi hati puas. Tak payah nak sentap2 bagai. 

Ingatkan kena buat report kat Gelang Patah, ghupernya kat Skudai jerk. Sentap gak ni, tapi kita singgah dulu kat warung Mak Siti.


 Pekena cendol dulu untuk sejukkan hati ngeeeeeee





1 comment:

Lynn Hamzah said...

entry ko kali nie mengingatkan aku pada seseorang la kak...hahahah...sudahnya org rumah dia order tupperware pun ko suruh aku jadi orang tengah kan...hahahahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...