Hari tu berlonggok2 ngan kawan2 masa open house, keluarlah cerita sorang kawan ni yang anak dia kalau balik sekolah macam orang kebulur dok lapar kemain. Lepas tu kawan2 lain pon pakatlah sokong anak dia pon samalah itulah inilah. Oleh sebab laki bini kerja tak sempat nak masak bagai, nanti anak dia dok selongkarlah peti sejuk ker, segala almari dapur dok cari makanan. Biasanya kat rumah dia ada simpan jajan, maggie, aiskrim dan apa2 bender segeralah. Mender itulah yang anak dia hadap setiap kali balik sekolah. Lepas maghrib, bila diajak makan malam tak kiralah pi makan kat kedai ker, masak ker, anak dia akan makan sikit ataupun kata dah kenyang. Cara kawan ni bercakap memanglah tak puas hati ngan anak dia. Umpama anak dia tu ada degree pemakanan gamaknya haha. Saya pon mencelah supaya dia singgahlah mana2 yang boleh beli kuih2 ker, nasi ker, mee ker. Ceh! Dah macam dr. motivasilah pulak akakakaka. Tapi dia kata tak sempat, sebab dia balik pukul 6 petang dan terpaksa pulak rushing untuk ambil anak2 dia pukul 6.30 petang. Lagipun pukul 6 kebawah biasanya banyak gerai yang dah tutup. Mokcik ni kan nak menang jerk, bagi pulak cadangan suh belikan makanan siap2 masa lunch. Jawapannya errmmm nanti dah sejuk entah budak nak makan ker tidak.....(belum beli dah macam2 alasan yerrrrr) Errrmmmm kalau begitulah alasannya Mokcik dengarkan ajerlah masalah puan yer huhu.
Dulu sebelum pindah ke rumah sekarang, Mokcik pon balik lambat jugak bila sampai kerumah sebabnya masuk opis pukul 8.30 pagi. Balik pukul 5.30 petang, Mokcik tak pernah singgah kemana2 sebab nak ngangkut Mia kat rumah penjaga, ambil beg Arfan kat taska then ambil Wafiy kat NURI Setia Indah berpusing2 Mokcik sampai kat rumah dah pukul 6.15 gitu. Tak boleh balik lambat lagi sebab nanti 6.20 gitu Arfan dah sampai rumah. Nanti tercongoklah budak tu kat bawah rumah yang kelaparan. Jadi terus jerk Mokcik naik atas pi buat air panas. Dulu ada heater sebab budak2 still minum susu. Jadi tak payah nak tunggu2 air masak. Bila pindah rumah, water heater tu rosak dan berakhirlah heater2 kat rumahku hehe. Lepas tu keluarkan biskut ping pong atau biskut cheese. Biskut ping pong wajib ada kat rumah sebab sebulan mesti beli 4 paket. Biskut chesse boleh bertahan paling lama 2 minggu jerk walaupun sekali beli wajib 5 paket. Kadang2 adalah roti potong ngan peanut coklat tapi bukan ladyschoice punya tu Mokcik tak mampu sehari pon leh habis. Dulu selalu lunch dekat pasar S'Mart, nanti Mokcik belilah karipap ker, otak2 ker, keropok lekor ker, kuih2 yang budak2 ni suka. Tak kisahlah petang dah sejuk lagipun selalunya sold out memanjang haha. Dekat rumah memang takdernya stock makanan ringan. Tapi budak2 ni tetap makan cuma no stock. Jangan nak kena tipulah kalau dorang cakap tak makan jajan kat sekolah tapi duit bagi tiap2 hari habis. Dorang balik kelaparan dari sekolah sebab dorang telan jajan yang tak mengenyangkanlah kat sekolah tu. Balik rumah, kita yang bercita2 nak jadi dr. pemakanan tak jadi2 nilah yang kena kasi dorang makanan sihat dan mengenyangkan untuk stabilkan balik sistem pembesaran dorang ni paham!!
Saya suka kalau masak asam pedas ker, kari ker, tomyam ker buat kuah lebih2. Nanti, saya alihkan sebahagian kat dalam bekas then frozenkan. Macam hari tu, saya panaskan balik kuah tu, masukkan ayam then masukkan bende. Arfan balik jerk, campak baju, basuh tangan terus senduk nasi.
Omaknya tunggu ikan talapia siap goreng baru makan ngan en. Suami. Ikan talapia hasil tangkapan en. Baba kat kampung. Hari tu, en. Suami ada kerja kat KL singgah kejab kat kampung Melaka. Puan Mak bekalkan 4 ekor ikan talapia ni. 2 minggu dok dalam peti tak sempat2 nak masak. Asiklah ingat nak turunkan ke fridge supaya balik kerja nanti dah lembik sikit senang nak bersihkan. Asik nau terlupa, nak makan jugak, Mokcik rendam dengan air beras lepas maghrib baru masak. Berebut2 makan anak beranak masa tengah panas2. Sedapnya........
Khamis lepas sampai rumah sebelum pukul 4. Marilah kita sattlekan 3 ekor ikan talapia yang ada. 2 ekor masak sambal goreng, sekor lagi kita goreng jerk macam hari tu.
Wafiy bau tengik balik sekolah tak sempat mandi dah bersila depan meja. Tengok tu, sebelah ikan goreng untuk dia selamba jerk.
Ini bukan gambar balik sekolah haha. Tapi pagi2 weekend entah minggu bila agaknya. En. Suami dah belikan roti canai untuk breakfirst sebelum pi kerja. Budak yang sangat komited pada homework adanya itu telah mintak makan nasi pagi2 sebab terbau omaknya panaskan asam pedas ikan siakap malam tadi.
Omaknya pulak makan roti canai cicah asam pedas ikan siakap. Apa kelassssss kuah dal kedai kheeeennnnnnn hahaha.
2 comments:
memang salute dengan ko kak...lynn kalau x sempat masak memang terus bawak anak-anak gie makan balik kerja...tak sampai hati tengok anak-anak kelaparan...
kalau diorang dapat makan yg simple simple time balik rumah tu...memang sepantas kilat ku bersilat masak untuk dinner...supaya sebelum mengaji qistina dah dapat makan dulu...
begitulah keadaannya bila nak besarkan anak2 ni....tapi utk pengetahuan nko lynn semalam akk pi makan kat zaiton jer lalalalala
Post a Comment