MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, September 9, 2014

KETIBAAN DATIN ODAH DAN DATO' AZAM

Cerita 2 minggu lepas yang terperam. Tapi sayang kalau tak diN3kan sebab bukan selalu pon dorang ni datang rumah. Dah rindu2 nanti leh selak2 semula N3 ni. Keluarga Abang Azam ngan Odah datang bertandang dari KL 30 Ogos haritu sebelum muka Mokcik bertukar menjadi batman. Arfan kongajorkan, gelar Mokcik macam tu sebab muka dah sunburn terlibat perbarisan Merdeka ritu. Masa pakai cermin mata tak perasan sangat, bila nak sembahyang kat surau opis, budak2 ni bantai gelak ramai2 sebab angkat air sembahyang Mokcik tanggalkan spec. Baik jerk dia hitam ikut spec Mokcik. Kawasan terlindung spec pulak ikut warna asal.

Eh! Citer pasal sunburn pulak. Marilah berpatah balik pada tajuk yer adik2 haha. Odah ni dulu kawan sebilik Mokcik masa kat UiTM Jengka. Kengkadang sekelas ngan dia, kengkadang tidak bila sem bertukar. Beliau sangatlah pandai dan selalu bawak balik makanan bila weekend. Patin masak tempoyak aauuuwwwwww sangat sedap itu. Mokcik ni dari dulu sampailah laaaa ni asiklah lembab dan blur dalam pelajaran asiklah refer kat dia sampailah termalu2 sendiri apsallah bongok sangat ni. Tapi tang makanan tu Mokcik tadah perut jerklah sebab jarang balik kampung. Duit kena jimat2, lagipun jalan balik dari Temerloh ke Melaka sangat mencabar menyebabkan Mokcik kompom muntah pahit lepas tu pening kepala sampai 2 hari haha. Sangat manjer kan kan. Masa tu, 2 kalilah Mokcik Raya Haji kat Jengka sebab cuti tak panjang. Lepas tu sembahyang raya sambil berjujuran air mata nko mamfu???

Haritu nasiblah sempat baca WhatsApp group yang Puan Odah kita nak melawat omak mertua kat JB. Sekali rumah abang ipar dia tu dekat nau ngan rumah Mokcik. Wajiblah jejak kasih diadakan semula. Mokcik pinjam gambar korang erk sebab haritu banyak gambar corupt, jadi cam merajuk hati huhu. Pagi2 dah masak untuk lunch. Jampi2 skit mintak2lah sedap nak jamu orang datang jauh2 ni ekekeke.

Masaklah asam pedas ikan merah.

Buat penyedapnya ulam ngan sambal belacan. Ni gambar dah habis makan guna hampon en. Suami. Belacannya tak perasan dah habis. Tinggallah seketul kecik jer buat rasa2. Cili tu memang saya suka tumbuk tak berapa halus. Kang lepas makan kena kumur2 betul2 eh! Kang tertampal baik jerk kat celah gigi haha.


Sayur goreng campur2 dengan ayam goreng bukan main banyak diratah dek Mia. Tetamu dah datang, Mokcik goreng lagi seround yang lain.

Terima kasihlah korang datang rumah Mokcik yang langsir pun kepit ngan penyepit baju akakakaka. Kalau tak datang hari tu bila lagilah nak jumpa kan. Last jumpa dulu pon masa budak Nana tu baru 3 4 bulan. Cik Mia pulak masa tu tengah memboyot dalam perut. Silap2 jumpa balik nanti masing2 dah nak bermenantu etetetete.


Tetamu dah balik, cik Mia pulak sambung makan. Habis semua ayam goreng dia bedal.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...