MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, May 23, 2013

nak repeat ker?

Pukul 5.00 petang sekarang ni. Dah rasa malas nak buat kerja. Sebab hati dah dibawa balik ke Melaka hehe. Esok en. Baba bakal berangkat ke Mekah untuk wat Umrah. Jadi mokcik n family jadi escort sampai KLIA jer hehe. Lepas tu ingat nak merayap jap kemana - mana. Kemana ??? Entah!! Lom tau lagi mana nak singgahnyer haha. Mengong kan. Nak bercuti, tapi takder arah.

Tapi teringat plak tempat makan kat Kampung Baru ritu. Kat KLlah. Kan minggu lepas kursus kat sana kan. Mungkinlah akan ku repeat??? Hehe.

Keesokkan malam lepas pekena burger Abang Burn ritu, saya, Ernie dan Kak Azimah pi pekena plak makan kat tempat yang glamor ngan kerabu mangga tu.

Tempat tu dekatlah skit ngan Brisdale tu kan. Taklah nyusahkan si Ernie sangat nak berpusing2 cari tempat. Lepas tu berpusing2 pulak sesat akakakaa. Kesian kau Ernie. Mokcik cam biasa boleh blur jerk kat sebelah dia hahaha.

Kat tempat tu kitaorang order tomyam, ayam goreng kunyit, kerang bakar dan kompomlah kerabu mangga kan. Ambik!! Nasi sorang sepinggan. Dengan sorang2 telan air buah lagi. Boleh membelon kalau duk seminggu lagi akakaka. Tapi sumer tak ambik gambar sebab tab tertinggal kat hotel haha. Maklumlah xcited nak kejar jadual makan haha.

Dalam perut termengah2 menghabiskan lauk2 yang ada. Boleh plak si Ernie teringin nak makan pulut mangga kot nama dia. Saya pon tak tau sebab sebelum ni tak pernah jumpa huhu kesian... Lagi2 bila nampak gantungan mangga kat depan tu. Perrhhhh memang terliur. Tapi sebab tak pernah makan dan memang kekeyangan giler, saya relaks jerklah. Tapi si Ernie yang bersungguh2 nak tapau bawak balik. Memang kelassssss nko Ernie. Ada xtra perut mokcik ingat nko ni.

 
Sampai hotel, cepat2 ambil gambar. Jakun betul haha. Lepas tu bersungguh2 Ernie bahagikan 2 pulut tu. Dia dah tak sabar nak makan sebab dah mengantuk sangat. Dalam saya terkial2 dok nak menghabiskan, Ernie dah siap makan lepas tu leh cakap "Sedap2, saya dah kenyang ni. Nak tidur. Akak makan eh." Terus jerk dia tarik selimut dan tidur.
 
Bertuah punya budak. Terpaksalah saya yang menghabiskan. Nasiblah sedap. Tak mampu nak habiskan pon. Tapi mangga tu saya licinkan sebab memang fresh. Terbaik dari ladang hehe.

2 comments:

Tia Fatihah said...

saya pun tak pernah makan pulut mangga. tapi macam sedap kan? hehe :D

Azlina bt. Azis said...

Sedap awak, pilah cuba hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...