MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, December 25, 2012

saper janda baik?

Saya memang baik, cuma title tak sesuai lagi dan moga dijauhkanlah hendaknyer. Nak citer pi makan angin ler sebenarnya. Sementara poket berisi ni, pilah jalan2 menghilangkan stress kejab. Anak2 pon bosan kan. Asik dok taska jer. Ni poket dah kosong doklah opis diam2 haha. Untung rini ada meeting, dapatlah makan free. Kalau idak posalah jawabnyer.

Manalah mokcik merayap yer cuti ritu? Kalau tanya Mia, dia akan jawab 'pi mandi kolam' Hehe. Memang pon, hampir sepanjang hari dok berendam. Hari yang xder kolam pon dia dok berendam gak kat bilik mandi. Sampai kepala paip tercabut. Lepas tu menangis macam nak runtuh toilet sebab takut. Padan muka haha.

Hari Jumaat lepas saya ngan anak2 pi Janda Baik. Drive sendiri u. Perkara paling giler yang saya dah buat ni hehe (wat muka hebat bebenau). Tapi follow sepupu. Nak pi sendiri tak tau jalan kan.

En. Suami tak dapat cuti. Kalau cuti gak Proton Kulai leh tutup kot. Takperlah, bertemankan mak saya pon pilah dengan semangat mak2.

Apsal plak semangat mak - mak?

Sepanjang hari kat sana, saya dok jadi tukang masak jer untuk anak2 sampailah detik2 nak balik. Sampai nak snap gambar pon x sempat. Maklumlah macam2 menu nak keluar. Takperlah kan, yang penting anak2 kenyang dan terhibur.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...