Lama jugak kan musim hujan kali ni. Kengkadang paginyer nampak cerah, dah nak petang kang siaplah tak sempat nak mendung, tiba2 jerk hujan mencurah2. Macam dah sebulan tak hujan jerk gamaknya. Memang arr tidur malam best. Tapi tengok arr kain baju. Sempatlah kering gak. Tapi bau tak sedap. Keringnyer tak bersungguh kan. Kata mak bau 'kepam semacam' huhu
Saya ni bukannya boleh tahan cuaca sejuk2 ni. Lagi2 kalau kena aircond memanjang. Lagi2 kalau kena aircond bas sepanjang malam. Lagi2 nak tidur hotel 2 ker 3 malam. Lepas tu kompom hidung tersumbat memanjang. Lepas tu kulit kaki dan tangan kering sampai sakit2 sebab merekah.
Citer pasal kulit kering merekah ni, memang saya ada masalah serius pasal ni. Amat ketara bila tiba musim2 hujan sebab sejuk kan. Jalan terbaik, pakai losyen. Tapi oleh kerana kegemaran saya suka basuh tangan dan basuh kaki, losyen2 biasa semua hilang sekali. Lepas tu keringlah balik. Nak sapu balik memanglah pemalas nauzubillah.
Baru2 ni, kulit kering terlampau tu datang balik. Sampaikan rasa macam nak tersiap kulit kaki ni bila nak sujud tau. Sekali saya teringat plak ada product Nutrimetic dulu yang pernah saya guna atas nasihat Haida masa saya baru nak mengandung anak pertama. Dia tolong belikan untuk saya supaya takder scratcmark. Masa tu harga 60ml sekitar RM80 ke RM90 gitu. Nak tahu sekarang berapa harganya ? RM125. Oleh sebab tau keberkesanannya saya pun belilah setelah 8 tahun dah tak guna.
Alhamdulillah....kalau kata bukan nak promosi pun bohongkan. Memang kesan lembapan dia bertahan lama walaupun dah kena air. Lepas 2 hari dok sapu merata, rasa kering tu masih terasa cuma taklah merekah lagi dengan garis2 putih tu kan. Maklumlah rajin sangat kan pakai losyen, tanggunglah sendiri pon.....
4 comments:
beznya ayu cari produk nutri rich sini ssh dpt..huhu
bagus rupanya produk nie...nanti boleh la beli...hehehe...
ayu,
nutrimetic dah joint ngan tupperware tau. kalu nak pi stokis tupperware.
lynn,
kulit awak dah cantik. tak payah susah2 nak tenyek losyen segala pon
Post a Comment