MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, February 27, 2012

Selasa - diminggu yang pancaroba

Selasa lepas, hari pertama saya memulakan kerja dalam minggu lepas. Ada Mesyuarat Pengurus Besar pulak tu. Semua executive ke atas dikehendaki hadir. Start dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 5.00 petang. Huh!!!!! berasap kepala otak. Dalam mendengar isu itu dan ini, badan rasa seperti tak sedap ajer. Dah lama tak rasa macam ni. Makin lama makin rasa seram sejuk. Adoiiiii cam rasa nak demam jer. Bila makin petang, tekak pulak rasa ada sikit rasa tak selesa dan sakit di belah kanan. Bila habis meeting, cepat2 masuk ofis dan rasa kat dahi dan leher. Panas giler. Sahlah mokcik ni demam.
Tetiba teringat kat Mia, malam tadi dia kena muntah2. Asal telan apa2 pun, lepas seminit muntah. Oleh kerana ada meeting hari ni, gagahkan jugak hantar Mia ke rumah babysitter dan pesan kalau dia masih muntah tolong call. Tapi, sampai petang tiada panggilan. Mia dah oklah tu kot. Jadi, bolehlah feel demam ni lebih skit. Kalau dua2 bermasalah, boleh pengsan jadinya.
Saya segera telefon en. Suami untuk beli makan malam untuk anak2. Prepare untuk layan demam malam tu hahahaha.
Tepat pukul 5.30 ptg, segera punch card dan pecut ambik anak2. Badan dah rasa seram sejuk terlampau. Bila sampai rumah, terus panjat katil dan berselubung. Benar2 rasa sakit badan, sakit tekak dan seram sejuk. Alhamdulillah, Mia dah pun baik dari demam walaupun masih ada selsema. Bila dia tarik saya, saya kata mama demam dan suruh dia keluar main2 dengan Wafiy, dia hanya menurut. Dalam pukul 7 mlm terdengar en. Suami balik. Huh lega, hari itu en. Suami uruskan segalanya....yeyyyyyy

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...