Bangun dari tidur, melihat jam handphone pukul 5 pagi. Badan ada rasa lebih sihat dari semalam. Tapi masih terasa lesunya. Tekak pun lebih sihat dari semalam, tapi masih ada sakitnya. Saya bangun dari katil dan memerhatikan Mia, menyentuh pipinya seketika. Harap2 tiada apa yang merunsingkan hari ini.
Pergi ke bilik sebelah mencari 2 hero kesayangan. Menyentuh dahi Arfan seketika. Normal suhunya. Harap2 tidak sakit perut lagi. Semalam pun tak sempat ke klinik, belum pun tengahari dia dah rasa sihat dan hendak ke sekolah. Hasrat saya yang nak MC pun terbantut lagi. Kemalasan yang melampau menyebabkan 2 annual leave saya terpakai begitu sahaja.
Saya menjalankan rutin pagi itu seperti biasa. Bila jam menunjukkan pukul 6.30 pagi, barulah saya mengejutkan Arfan dan Wafiy. Agak senang bangun mereka pagi itu. Senang jugalah hati saya sebab tak payah terjerit2 seperti selalu.
Semasa saya memandikan Wafiy, Wafiy memberi amaran supaya jangan sabunkan pusatnya. Sakit. Saya rasa pelik dan cuba meneliti. Ada rasa berlendir di ruang pusat Wafiy. Segera saya panggil en. Suami supaya melihat sama. Menanah katanya.
"Wafiy ada korek2 ker ? Letak benda2 kotor ker ?" Soal saya. Dia menggeleng.
Mulalah kerisauan baru menghimpit kepala saya. Wafiy, memang sejak lahir mempunyai masalah kulit. Kulitnya amat kering dan sentiasa gatal. Puaslah kami suami isteri jadi tukang garu semasa kecilnya. Puas jugaklah duit kami habis berdedai sebab memerlukan khidmat pakar kulit. Bila dia membesar mengikut masa, penyakit kulitnya semakin berkurang. Tapi masih kering dan kasar. Wafiy jugak tak boleh mandi kolam. Maksudnya, tak boleh ada air masuk ker telinga. Nanti telinganya akan menanah. Sukar sebenarnya untuk menjaga rapi budak Wafiy ini, sebabnya dia amat suka aktiviti lasak diluar rumah.
Kali ini pusat pula menanah. Adoiiii....penyakit apa pulak ni.
No comments:
Post a Comment