Terjaga awal hari itu. 4 pg, ada semangat yang kuat untuk pergi kerja walaupun belum sihat betul. Sakit tekak masih kuat rasanya, cuma sakit demam beransur sedikit. Hasrat semalam hendak ke klinik berakhir di sofa sahaja. Malas mengatasi segalanya. Sanggup menggantikan MC dengan annual leave.
Dengan langkah yang berat, pergi memasukkan buku sekolah anak2 mengikut jadual hari itu. Tak sanggup rasanya mengharapkan tenaga en. Suami bila tengok cara susunan buku semalam. Hampir sejam masa diambil untuk siapkan beg anak2 ke sekolah. Kesian, geram, kelakar semua ada. Dah 2 hari juga saya tak semak kerja sekolah mereka. Cuma malam tadi sempat pastikan Wafiy hafal spelling untuk hari Jumaat ini. Malamnya perlu berlatih lagi untuk dapatkan 3 star. Dia bukan seperti Arfan yang cepat menghafal. Agak lambat sedikit.
Selepas siap segala keperluan seisi keluarga untuk pagi itu dan semasa sembahyang subuh di tahiyat akhir, Arfan datang kepada saya. Bila saya selesai memberi salam, Arfan cakap dia sakit perut. Saya sentuh dahinya. Alamak!!!!! Arfan demam. Sama seperti keadaan hari selasa lepas yang terlupa saya ceritakan di N3 lepas. Dia menekan2 perut menahan sakit. Hari Selasa lepas, Arfan tidak bersekolah, tetapi tinggal di taska. Hari ini bagaimana pula ???
Saya suruh Arfan makan roti coklat yang en. Suami beli semalam, sebabnya nak dia minum air garam yang diberikan klinik dan makan ubat demam.
Dalam Arfan merengek2 kesakitan, saya cuba mencari ruang untuk berfikir sejenak. Bila keadaan berulang bergini, sepatutnya saya bawa dia ke klinik. Risau pulak dengan simptom2 yang memeningkan. Akhirnya saya ambil keputusan untuk cuti lagi hari itu dan akan bersama2 Arfan ke Klinik nanti....
No comments:
Post a Comment