Bila celik mata, tengok jam pukul 5 pagi. Tekak rasa amat sakit. Bila telan air liur pon sampai terangat2 bahu. Kepala rasa amat berat dan sakit. Badan ada rasa kurang seram sejuknya dari semalam tapi tetap tidak larat. Gagah juga bangun bila teringatkan beg sekolah anak2 belum di jengok. Tapi bila kepala rasa berputar2, ambil keputusan kejutkan en. Suami untuk tengokkan jadual sekolah. Saya hanya kemaskan beg pakaian mereka sahaja. Nasiblah semua pakaian sekolah dah di iron Sabtu lepas. Jadi tidaklah banyak sangat perkara yang nak dibuat pagi itu.
Cuma agak terkilan tak dapat nak siapkan sarapan seperti biasa. Saya mintak en. Suami bersiap awal hari ini. Dia perlu menghantar anak2 dan belikan sarapan untuk mereka. Saya betul2 tak larat nak melayan mereka. Tepat jam 7 pagi kesemua mereka meninggalkan saya.
Saya duduk sebentar di sofa. Berhajat untuk membasuh baju2 semalam. Berdiri, tapi kepala berputar lagi. Terus kunci pintu rumah dan masuk kebilik. Dalam membetul2kan kedudukan tidur, saya bertekat akan ke klinik bila bangun nanti dan terus tertidur.........................
No comments:
Post a Comment