Isnin lepas, memang pakat ngan en. Suami nak berpoya2 berdua. Siap apply cuti lagi. Tup2 Mia demam. Selsema dan batuk makin bermaharaja nampaknya. Terpaksalah cuti tu diisi dengan menemankan si comel sorang tu. En. Suami, pagi2 dah keluar untuk sattlekan apa2 perkara yang patut. Nasiblah hari Sabtu dan Ahad aktiviti mengemas rumah dah giat dijalankan. Jadi, taklah kusut sangat paler bila tak dapat nak buat apa pun hari itu. Asik bergendot jerk dengan anak dara tu. Langsung tak nak lepaskan saya.
Bila dah tengahari, en. Suami balik. Saya ajak segera ke klinik sebab panas Mia makin kuat. Bila check, 38.5 dc. Patut asik merengek jerk. Doktor masukkan ubat bontot dan kasi gas. Bila dah sattle, Mia kelihatan cergas sedikit. Oleh kerana ada satu lagi perkara yang belum sattle pada hari itu, dan perlukan komitmen kami suami isteri, kami tumpangkan sebentar Mia kat rumah babysitter. Kasihan pulak nak mengendung dia kesana sini dalam keadaan dia yang tak berapa stabil.
Bila dah sattle projek kami tadi, tengok2 jam dah pukul 3.30 ptg. Fuh!! Baru perasan yang kami belum makan apa lagi. Dalam perjalanan balik, terpandang pulak satu restoran yang masih ramai orang. Maklumlah, dah petang2 begini memanglah susah sikit nak cari tempat makan. Main singgah jerk. Nama restoran tu pun saya terluper lerrrr... tapi kat area UDA kot. Dekat jugaklah dengan Angsana.
Kata en. Suami, tempat tu jual nasi beriani ajer. Jadi, takyah nak pening2 paler nak pikir makan apa. Meh kasi order lekas..... Restoran ni sangat cantik dengan hiasan2 lampu dan dinding. Tapi malu nak ambik gambar sana sini. Ada orang perhati heheehe. En. Suami order ayam masak merah dan saya apalagi kalau nak matching ngan beriani...pastilah kambing emmbeekkkkk. Yum yum. Kasi makan makan lekas dan balik. Risau nak tinggalkan Mia lama2.
No comments:
Post a Comment