Banyak kerja hari itu. Seperti hari2 Sabtu biasa. Baju kotor, cadar, sarung2 bantal, tuala2, baju2 sekolah dan kasut2 sekolah semua dilonggok hari itu. Memang rutinlah mesin basuh takkan berhenti bekerja pada hari Sabtu pagi hingga ke petang. Baju sekolah mesti disental dahulu sebelum dicuci lagi dengan mesin. Lepas sental baju, sental bilik air pulak. Kalau anak2 tak meragam hari itu, dapatlah siap sekitar petang. Kalau tidak disambung hari esok dengan menyapu dan mengemop rumah pula. Nasiblah rumah kecil sahaja.
Hari ini, kami sekeluarga sudah sihat. Cuma Mia dan Wafiy masih ada selsema. Pusat Wafiy pun telah ada perubahan lepas en. Suami sapukan ubat krim putih dari klinik. Saya pun dapat menjalankan kerja2 rumah dengan pantas. Mulut pun pantas juga. Mana taknya, ada sajer nak dikacau kerja kita.
Dalam pukul 4 ptg, En. Suami pulang. Sengaja saya minta dia tak ambil OT hari itu, sebabnya nak bawa Arfan ke klinik untuk check gatal2 dibadannya. Entah kenapa, semenjak dia demam hari tu dan sakit perut, tumbuh biji2 halus disekitar badan. Dia mula menggaru2, katanya gatal. Sementara en. Suami makan dan berehat, Wafiy dan Arfan minta untuk bermain di taman permainan di tengah2 blok flat. Saya izinkan tetapi tak boleh lama. Sebab perlu mandi dan ke klinik nanti.
Sedang asik membuai Mia yang sudah separuh tidur, tiba2 ada suara lelaki memberi salam. Pelik ajer suara tu. Bila saya membuka pintu, jiran atas rumah sedang mendukung Arfan. Arfan menangis2. "Dia jatuh kat taman. Tangan dia cam patah jer." Saya jadi panik, cepat2 panggil en. Suami di dalam bilik. Jelas ada tulang yang patah di atas pergelangan tangan. Tapi hati saya masih berdoa harap2 ianya hanya terseliuh sahaja. Tanpa berfikir panjang, saya ambil kain dan basahkan kemudian lap pasir2 yang melekat semasa dia jatuh agaknya. En. Suami segera bersiap untuk bawa dia ke hospital....
No comments:
Post a Comment