Apa lerrr bughuknyer ghuper Mokcik ni. Berdiri pon cam dah macam nenek2 kepoh. Muka penuh kesan jerawat dah macam kerja tukang masak ayam goreng kat pasar malam. Hari tu pi beli goreng pisang dekat2 area rumah. Kawasan tu tempat kereta lalu lalang, berhabuk, panas terik. Relaks jer kulit budak yang jual goreng pisang tu punyalah putih, tulus mulus, gebu lagi. Mokcik yang beraircon sentiasa ni pon termalu2 sendiri. Bila nko nak rajin membela kulit muka ni Mokcik ooiiiiii???? Eh tapi takper, orang kata! Masih berjerawat tu menandakan kita masih remaja, masih muda aaauuuuuwwwww!!!! Hahahahaha pujuk diri sendiri.
Gambar ni sebenarnya dah lama. Ntah tahun bila pon dah lupa. Tapi gambar kenangan yang mampu menitiskan air mata. Gambar akur dengan kekuasaan Allah yang maha agung. Gambar kenangan yang tak jemu di tatap. Aduhai camera www.lynnhamzah.blogspot.com, engkau bertanggungjawab banjirnya bilik IT hari ini. Pakcik yang berneck tie tu. Yang banyak menabur budi pada tanah di sekitar ofis ni, dah pencen tahun lepas. Gigirl yang paling comel antara kami dah pon berpindah mengikut suami ke Kelantan. Si cantik jelita kat sebelah saya tu pulak dah dijemput Ilahi awal tahun lepas. Dalam redha berderai gak air mata terlihat wajah dia. Kejadian secantik itu, yang tak lekang senyum tawanya, yang tak sudah usik mengusiknya, yang baru sahaja mengenal erti bahagia bersama suami tercinta, Allah ambil diusia muda.
Tu yang berkaca mata, pon dah tak lama nak tinggalkan Mokcik jugak. Pergilah demi mengejar cita2 huhu.
2 comments:
aku menangis baca entry ko kak...
nko yg buat aku menangis dulu uwaaaaa
Post a Comment