MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Saturday, May 3, 2014

BELASAH JERK

Ok! ok! hari ni buat N3 main belasah jerk hokey, N3 orang tengah mengantuk ni. Mengantuk tahap senget cermin mata punya ni. Maklum dah 3 hari dapat bangun lambat sebab bendera Korea tengah naik hah hehe. Apa nak citer hari ni?? Takder cerita ??? Jom layan gambar jerk.

Teringin nak makan bubur nasi. Tapi jadinya bubur nasi ayam. Sebabnya Wafiy dan Mia tak suka makan bubur nasi dengan lauk. Takkan nak buat bubur nasi kosong jerk. Jadi masukkan ayam siap2 supaya ada rasa. Omak dia meh kasi layan dengan ikan bilis goreng ngan bawang besar. Kalau ikut tekak nak goreng sekali dengan cili api tu, en. Suami dan Arfan pulak tak suka makan pedas. So, campak jerklah cili tu kat dalam bubur sendiri. Telur masin tu pon Mokcik punya jerk. Semua kat dalam rumah tak makan. Sukati koranglah!

Rabu minggu lepas ada Pra Audit Pengurusan dekat PPK JBS, lunch dorang belanja makan kat Singgah Selalu. Saya order Kuehtiaw Kantonis. Tak pernah pon makan sebelum ni. Tapi kat menu dia nampak macam menyelerakan. Bila makan eemmmmm sedap2, nak2 sotong dia sangat fresh nyumnyum. Double sedap sebab ada yang belanja ngeeeeee

Yang tudung hitam tu GM kat PPK JBS. Order yang sama gak dengan Mokcik. Makan pon licin gak sama dengan Mokcik. Tapi besar sangat2 berbeza. Uwaaaaaaa Mokcik tak sukerrrrr!!!!!!!!!

Ini sangat kelakar. Ini namanya dah takder kerja anak2 Mokcik ni hah! Apaknyer pulak melayan. Bila Wafiy pam, sajer jer dia lagi naikkan perut. Lepas tu Mia jerit2, Lagi abang Ngah sikit lagi nak letop ni hahahaha.

Hari tu pergi satu kedai kat Taman U. Singgahlah kat kedai jual 3 barang RM5. Cik Mia berkenan dengan puzzle Dora. Tak sempat lagi sampai rumah, kat kedai Zaiton dia dah punggah. Tapi tengok saper paling excited dok susun puzzle tu.

Mia dah start makan, en. Suami masih dok susun2 lagi. Bila saya tegur, dia kata nak kemaslah ni. Tapi dok terus susun lagi sampai siap.
 
Dah sampai rumah sambung lagi. Huh!! Sokatilah malas Mok nak layan......................

1 comment:

Lynn Hamzah said...

rajin bapaknya melayan...hihihi...bagus bagus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...