MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, May 19, 2014

SEMPAT MASAK

Haritu ada kawan tanya macam mana saya boleh sempat masak untuk keluarga walaupun pada hari bekerja, walaupun takder maid, walaupun rumah jauh. Haha saya kan ada magik. Magik tu terjadi bila kita memang bersungguh2 nak buat. Kalau datang pemalas hari tu, jom jerk kita pi kedai ngeeeee..... 

Takdernyerlah Mokcik ni rajin bebenau nok ooiiii!!!! Tapi berjimat adalah lebih baik. Baik kita menabung sikit2 boleh gak beli apa yang diangan2kan. Kat luar tu pon kita tak tahu tahap kebersihannya. Tapi kalau dah terpaksa kita telan sambil tutup mata akakakaka.

Biasanya saya akan sampai rumah paling lewat jam 5.30 petang sebab saya punch jam 4.30 petang tanpa seminit pon berlengah akakakaka. Pukul 4.31 petang saya dah terbayang2 cik Mia melebar senyum bila nampak saya. 

Sampai kat rumah, terus masak air lepas tu saya pi solat Asar. Kalau waktu masuk cepat, saya biasanya sembahyang kat surau opis jer, tapi sekarang ni waktu masuk lambat jadi saya pun solat kat rumah jer. Kalau nak sembahyang dulu kat surau pon boleh gak, tapi biasanya dah petang sikit jalan Pasir Gudang jem. Jalan kat UTM pon jem. Baik kita pecut balik, sekurang2nya dah sampai kat rumah kan kan.

Siap solat saya akan buat air panas untuk kesayangan. Teh O wajib sebab itu kesukaan cik Mia. Kalau teringin yang lain, saya buat kole kecil. Biasanya budak berdua tu ikut mood. Kalau dorang nak cecah biskut ker, roti ker, dorang suka yang bersusu. Kalau tidak teh O gak dorang pilih.

Sambil tu saya buatlah sirap ker, oren ker, bandung ker yang sejuk2 untuk bawak masa nak ambil dorang. Kalau tak bawak, nampak jerk muka kita dorang dah mintak duit extra untuk beli air gas atau jajan kat tepi sekolah tu. Sakitlah pulak hati dengan tukang jual tu. Cubalah jual benda2 yang berkhasiat sikit Makcik oiiiii!!!! 

Hari tu baru terperasan botol air Arfan boleh tertinggal. Dah alang2 tu buatkan sirap lebih sikit manis2 buah masukkan siap2 kat dalam freeze buar beku. Esok boleh minum air sejuk2 sikit basahkan tekak bila dah tengah hari. Arfan ni pesennya susah sangat nak minum air suam. Nak suruh gak minum, buatkanlah air manis2 buah. Kalau Wafiy, kita pulak dimarahnya kalau bekalkan air bergula. Dia nak air suam jerr huhu macam2 pesen budak2 ni. Layannnnnn!!!!!!

Sebelum tinggalkan rumah, pi jerang nasi dulu. Kalau ada masa lagi keluarkanlah lauk2 dulu untuk nak masak. Kalau ada lagi masa..........jom kita masak lauk terus haha. Hari kerja kita masak simple2 jerk. Keluar satu dua lauk pon dah kira Alhamdulillah! Lagipun saya tidak menggalakkan diri untuk masak beriya sebab nanti menjejaskan masa nak check homework anak2 dan kerja2 rumah lain.
 Jom pi ambil budak2 cergas saya.

Pi ambik Mia dulu. Tu tengah say bye kat best friend dia Arip. Arrrghhhhh Mia's bff adalah boy! 

Nanti dari sekolah sampailah ambik abang2 then sampailah patah balik nak balik rumah dia merengek nak beli roti coklat. Sampai kedai baru diam. Lepas tu omak dia ni plak yang bising sebab RM5 pon tak cukup untuk cover roti budak2 ni. Segala jenis roti pon dorang sapu huhu. Tiap2 hari pulak tu. Kalau ada birthday party jerk budak ni diam sebab dah ada jajan. Omak dia ni pun senyum meleret sampai rumah haha.

Semalam pi rebus kerang sebab hari Khamis nak buat mee kari. Mintak2 menjadi ngeeeeeeee..... Sambil rebus kerang, pikir2 nak masak apa.

Last2 dapat masak nasi goreng jerk akakakakaka. Cekodok tu pagi punya haha. Orang jantan kat rumah ni kan makin liat nak pakai baju dok umah. Panas katanyerrr. Over betul alasan korang ni gggrrrrhhhhhh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...