MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, May 27, 2014

MAJLIS SUKA2 MAN KUEH

Sekitar jamuan suka2 kitaorang meraikan Man Kueh yang akan berpindah ke KL minggu depan. Nasiblah budak ni rajin nak menolong orang. Ada gak kawan2 sayang nak celebrate untuk berpindah. Mokcik asal makan jerk joint. Engkau nak pindah, pindahlah Man Kueh oooiiiiiiiii kalau tahan pon tak guna orang nak sangat jadi orang keel......pindahlah pindahlah (Sambil mengorek - ngorek daging kambing bakar)

Asalnya majlis suka2 sebab pagi tu berkebun dulu bersihkan apa yang patut kat belakang opis, itu yang pakai pon ala2 nak lari marathon, sekali tuan pengarah pon joint. Mehlah kita formal sekejab main bagi2 ucapan. Man Kueh muka dah cuak kena bagi ucapan lagi. Sedangkan dah bagi dah semalam akakakaka

Makyong kena jadi MC tetiba akakakaka. Mokcik wat2 sibuk ambik gambar. Malas aku nak dengar Man Kueh berucap. Kompom ayat poyo jerk yang keluar.
Adoiiiii Mokcik lapar balik tengok segala yang kena bakar ni. Macam terbau2 jerk sekarang ni.

 
Masa ni tuan pengarah ada cakap Mokcik macam tak kisah jerk Man Kueh kena pindah KL sebab kelihatan sangat happy. Yer saya sangat happy sebab dapat merialisasikan impian orang yang nak sangat berpindah sejak dia melangkah daftar diri kat sini 5 tahun yang lepas. Tok dia pon ada bagitau jangan kahwin ngan orang Johor sebab jauh sangat dia nak ngantar pinangan nanti. Oleh sebab dia cucu yang baik, sampai sekarang dia masih membujang. Tidak kah saya patut happy kalau perpindahan ini membawa kebahagiaan kepada dia tuan! (Sambil kesat2 hingus sebab resdung!)

2 comments:

Lynn Hamzah said...

kesat hidung sebab resdung atau sedih kak...hihihi...

Azlina bt. Azis said...

malas aku nak sedih2 lalalalala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...