MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, May 14, 2014

HARI IBU, WESAK DAY,

Birthday Card dari cik Mia. Budak ni dah pandai nak color warna warni sikit. Kalau dulu dihentamnya satu warna jer. Masuk jerk dalam kereta haritu tak sabar2 nak kuarkan haha. Terima kasih jugaklah kepada teacher2 kat Tadika Exora Ria atas ingatan ini muaaahhhhh!!!!

Malam orang dok sambut hari ibu, Mokcik sekeluarga makan kat mamak baru bukak dekat2 rumah ngeeee. Lagipun minggu ni minggu periksakan, kena makan cepat2 lepas tu balik then study sikit lepas tu tidur cepat supaya otak fresh jawab periksa esok. 

Oklah tu jimat cermat. Duit apak korang pon duit omak korang gak. Kang dia pokai......dia jeling2 kat omak korang gak. Takper, biar makan murah, yang penting apak korang bayar semua. Tapi kat Said Alwi ni, macam tak memberansangkan sangatlah. Mokcik order nasi goreng sebab terkenangkan nasi goreng yang en. Suami makan kat kedai pakcik siang tu. Tapi rasa dia menghampakan.

Ini nasi goreng pakcik yang en. Suami makan siang tu. Marvelous giler rasanya. Masa tu hari Ahad, kan dia cuti. Sekarang ni dah macam rutin pulak lunch sama2 setiap kali hari Ahad. Lepas tu pecut kejab kat mana2 shopping yang ada sale ngeeeeee

Saya order mee sup. Pon sedap. Tapi oleh kerana nasi goreng tu lagi sedap, asiklah saya dok sudu nasi en. Suami sampai mee sup ni pon tak boleh nak habiskan. Sampaikan malam tu order nasi goreng kat mamak Said Alwi harap2 leh feel cam nasi goreng kat kedai pakcik hampeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!

.................................................................................................................................................

 Aduhaiiiiiii anak jantan Mokcik, kita suh dia baca buku. Bila keluar dari dapur ini pekerjaan dorang buat. Haritu dalam main2 dorang boleh gaduh. En. Suami geram renyuk semua kertas tu buang kat tong sampah. Lom sempat esok, tengok dah ada kertas yang baru. Boleh pengsan 40 kali sehari kalau tak tahan sabar layan budak2 ni tau. Kalau tak duduk sebelah dorang, kalau tak study sama2. Buku tu dia sempat kuis2 jerk.

Nampak tak kaki ngan tangan budak dah berdengkur kat tepi kiri tu. Budak tu kelakar hokey!!! Setiap kali hari Khamis, sebeban teacher dia bagi homework. Balik jer sekolah, belum lagi sampai kat rumah dia dah keluarkan homework tu. Bila sampai kat rumah tak nyempat2 lagi keluarkan segala. Tapi masalah dia ni tak tahan sabar. Dia buat apa2 kalau tak jadi nanti di berhentak2. Tapi paksa kita ajar sampai jadi. Kalau dia buat tak jadi jugak, huru hara satu rumah dia baran tak pasal2. Mulalah dinding Mokcik jadi mangsa. Sekarang ni, mokcik tutup mata jerk nak tengok dinding. Boleh nangis 7 hari 7 malam kalau semua nak ambik kira. Ada satu hari tu, balik dari sekolah kitaorang terus balik kampung. Esoknya pagi2 dengar suara dia menangis, ingatkan kenapa? Bila tanya, dia jawab homework belum siap lagi. Akakakakakaka gitu pulak caranya. Kalau jantan2 Mokcik tu, lantaklahhhhh homework tak siap!!!! Paling2 kena denda berdiri kat depan kelas jerk!!!!! Pengsan!!!!!!
 
Wesak Day saya tak pergi mana2 kecuali pi breakfirst kat luar. Konon kan minggu ni minggu periksa. Biarlah saya teman budak2 ni study. Tengok apa yang terjadi???? Balik breakfirst terus switch on tv, sorang lagi dok layan tab arrrgggghhhhhhh!!!!!!!

Petang tu en. Suami pergi meeting ngan kawan2 sekolah dia untuk family day dorang nanti. Suh bawak Mia sekali sebab ada masanya dia suka mengacau bila saya dok ajar abang2 dia. Nanti, buku yang kita pegang tulah yang dia sibuk nak tengok.

Elok jerk en. Suami pergi, Wafiy boleh tergolek tidur kat lantai ggrrrrrrhhhhhh. Tepuk dahi Mokcik. Pagi tadi godek FB sekali nampak gambar2 dari wall kawan2 en. Suami semalam.

 Ini ok lagi!

Amboi sampai duduk atas meja. Apak nko leh gelak2 jerk. Adoiiiiiii anak sapalah tak makan saman ni uwaaaaaaaaaaa

2 comments:

safurara said...

sedapnya duduk melepak lepak kan.hehehe

Azlina bt. Azis said...

xlepak cik puan rara. stress ni haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...