MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, March 5, 2014

KURSUS KL DAN PULUT MANGGA

Yerrrrrr memang dah basi sangat cerita ni tapi nak kepoh jugak. Korang pon suka kan Mokcik kepoh2 cenggini. Baru blog sepi sehari dua dah resah gelisah. Lepas tu kacau kat skype hint2 merapu itu ini. Ingat tak tau ker korang nak tau cerita sensasi Mokcik Kak Nam di dunia yang penuh bergelora ni haha hambik merapu betul dah ni.

Ok! Ok! Minggu lepas kan pergi KL ada kursus poco2 haha. Gelar poco2 sebab kursus itu sangat happening hingga saya sangat teruja dan menabur harapan yang tinggi kepada sesi pembelajar itu wahhhh!!!! Hebat Mokcik menabur auta hari ni. Nasib kursus sehari.............

Kitaorang pergi bertiga campur pilot jadi berempatlah. Kena panggil pilot sekarang tanpa bantahan sebab dorang ni dah naik taraf. Korang banyak songeh kang dia humban tepi jalan pandailah balik nak cara apa pon huhu.


Sebelum sampai singgah RnR Pagoh ingatkan nak ngeteh jerk sekali nampak pau berkenan pulak. Ambik dua paksa Lynn makan. Mana boleh Mokcik jerk kena gemuk, saper kawan ngan Mokcik pon wajib gemuk bersama akakakakaka.
 
Malam tu tidur kat Dynasty Hotel. Luas giler untuk 2 orang. Siap ada sofa 2 sit lagi. Harga tak tau sebab jabatan yang cover. Mokcik tau sampai kembur katil tidur sat hehe.

Pemandangan dari bilik Hotel. Sangat cantik dari arah ini. Teringat cerita gorilla yang serang bandar tu sambil carik2 pompuan omputeh yang cantik tu. Lepas tu Mokcik berangan yang Mokciklah pompuan cantik tu haha. Mai2 gorilla Mokcik kat sini!!! Sekali terbayang en. Gorilla panjat Hotel tu sambil jengok kat tingkap bilik tu. Errkkkhhhh hodohnya takmau2 sambil sentap langsir tutup tingkap. Terus siap2 ngan Lynn nak pi santap.

Call abang Asri @ pilot pi terjah Kampung Baru. Tapi tak tau tempat nak makan akakakaka. Lynn suggest pi makan kat steak yang ada kapal kata dia. Pon tak tau tempat. Maka berpusing2lah abang Asri kat area Kampung Baru tu. Dahlah jalan sempit. Nak parking pon takder tempat. Masa berpusing2 tu,  ternampak kedai yang pernah makan dulu ngan geng2 KCTM. Mohlah kita makan kat kedai ni, Mokcik dah rindu ngan pulut mangga dia. Sampai jerk terus order pulut mangga yang gerai dia kat depan kedai tu tapi kena reject sebab belum dapat tempat duduk haha gelojoh!!

Lynn dengan abang Asri makan bubur nasi campur ngan lauk pi pilih sendiri. Tu set Lynn punya. Kerang tu saya order untuk makan sama2. Tapi terlebih bakar kot. Dalam dia dah kering sangat. Tapi bersih gak saya kerjakan.

Ini pulak set bubur lambuk pilihan abang Asri. Siap ada ikan kering lagi tak hagak2 mamat ada kencing manis ni haha.

Inilah yang dinanti2kan pulut mangga!!!!!!!!!!!! Yeyyyyy dapat gak repeat lagi. Mintak2 Ernie baca N3 ni sebab nak eksen dengan dia hahahaha (jakun sendiri). Sebenarnya pulut mangga ni sedap bila makan rebut2. Sebab rasa dia agak manis campur rasa berlemak. Jadi cepat muak. Suh Lynn rasa masa saya dah makan sesudu. Dia kata macam serawa. Serawa tu pulut ngan durian. Ooooo belum pernah makan serawa lagi huhu kesian!! Lepas tu suh abang Asri pulak rasa. Lepas rasa angguk2 pi perabihkan bubur nasi masing2. 

Oleh kerana nampak yang lain cam tak berminat ngan pulut mangga tu, saya  sedaya upaya nak perabihkan jugak. Bila mangga dah tinggal 2 potong, abang Asri tolak2 sudu saya hahaha mana tahan tengok saya dok pulun sorang akakakaka. Manalah tau.............ingatkan tak berkenan.

Kelakarnya bila dah balik JB, dalam meeting, Lynn cakap teringat2 rasa pulut mangga tu. Akakakaka spesis Mokcik jugak rupanya. Maka tak silaplah taste Mokcik ni. Memang pulut mangga sedap. Tapi tak taulah kalau kat tempat lain. Saya pernah makan kat situ jerk pon.

 
Gambar syok sendiri bila rasa berat dah turun 1 gram sebab malam tadi makan kerang bakar ngan pulut mangga jerk ngehngeh. Bye2!



 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...