Semoga Allah berikan keajaiban kepada pesawat MH370. Semoga kesemua mereka terselamat. Kalau tak pon sekurang2nya mereka dapat dijejaki.
Nak syer dengan korang cucu pertama Mokcik ngengeh. Omak dia bagi nama Syasha............ apa tah. Mokcik asik terlupa nama penuh minah ni sebab setiap kali omak dia bagitau dalam kepala dok teringat chacha maembong jadi Mokcik tak dapat nak fokus hehe.
Hari tu masa pi melawat,
baby tengah tidur. Dari jauh Mokcik tengok macam pernah kulihat budak
ini..............tapi dimana yah!! Sekali bila dekat...dekat
lagi...........
sama tak??? Hehe ni gambar masa Mia kecik masa dalam pantang lagi rasanya. Oleh kerana waktu ni dia lepas mandi, jadi rambut saya dah sisir tepi. Sebenarnya rambut dorang pon sama menegak berkibar2 gitu.
Pengacau dunia sudah mai. Asyiklah nak peluk nak peluk. Bau dah kepam lari sana sini bukan dia peduli pon orang marah ker idak. Kalau dok serumah mau lunyai budak ni, asiklah nak pangkukanlah, nak tolong lapkan mukalah, nak tukarkan pampers. Bila baby syasya dah pandai, sila panggil pompuan ni busu Mia. Panggil yang tukang ambik gambar ni pulah WanTeh. No nenek2 hokey! Siku kang!
Gambar Mia masa kecik lagi. Budak ni dulu tidur cukup mudah, asal kenyang jerk berdengkur. Bila dah berdengkur, apa yang berlaku pon dia tak ambil peduli dah. Abang dia terjerit ke, terpekik ker lagi dia nyenyak bukan main. Ada sekali tu, lain dah mendung, jadi saya keluar pi angkat kain kat ampaian, sekali guruh berdentum punyalah kuat sampai saya pon terkejut cepat2 lari masuk pi dapatkan dia. Tapi Mia relaks jerk dalam net tu. Fuh!! Urut dada Mokcik!!
No comments:
Post a Comment