MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, March 3, 2014

PELUPA, LETIH, WAFIY

Agak menyampah dengan diri sendiri sejak kebelakangan ni. Asyik rasa letih, mengantuk, pelupa yang teramat, banyak bender tak sempat siapkan aaarrrrrrrggggghhhhh dahlah datang tadi seminit lagi nak lewat. Bawak kereta pon dah macam orang giler sebab semalam dah lewat 15 minit. Takkan nak lewat lagi hari ni. Jadi Mokcik celok jerk mana2 jalan yang patut, main pancung jerk mana2 kete yang jalan2 cari angin. Memang berangin betul 2 hari ni sebab entah haper punya jem giler kat jalan UTM tu. Tapi semalam lagi giler sebab keluar jerk pi jalan besar dah jem boleh!!! Semua kereta boleh jalan tersenggut2 jerk. Dalam gelap nampak lampu kereta bersimpang siur. Sebijik macam semut api menyampah!!

Pagi ni, telefon tertinggal kat rumah yeeeyyyyyyyyy ketuk kepala sekali. Sedangkan tepon tu elok jerk kat atas almari tadi. Tab bawak, itupon en. Suami awal2 dah sumbat kat dalam beg masa jumpa malam tadi. Sebenarnya dah beberapa hari tak tau tab tu tersorok kat mana gara2 saya sorokkan charger dia. Budak2 ni suka main games sambil charge. Dah berapa banyak charger terputus sebab tertarik. Akibat geram sangat saya pi sorokkan charger tu. Bila bateri dah kong suka2 hati jerk dorang campak kemana2 tab tu. Bila tanya semua tak mengaku, semua tak tahu, dia tuduh dia, dia tuduh dia. Malam tadi en. Suami usaha jugak cari. Selongkar punya selongkar rupanya elok jerk terletak kat bawah katil. Mesti Mia punya kerja. Agaknya dia ambil nak main. Bila on tak boleh, dia letak kat bawah katil. Lepas tu dia tak ingat. Konon nak wassup kat en. Suami suh dia send mana2 gambar yang ambik ngan phone dia. Sekali nak charge baru teringat haritu sorok charger tu kat dalam almari, ketuk kepala sekali lagi. Hangin jerk.

Sambil2 menaip ni rasa mengantuk sangat. Sikit2 menguap, kejab2 kang menguap lagi. Tangan pon dah naik letih dok tutup mulut. Akhir2 Mokcik biarkan ajer menganga gitu ajer haha elok nau perangai.

Tapi serius saya rasa sangat letih minggu ini. Dah beberapa malam sejak akhir2 ini saya tidur sangat awal dengan harapan boleh bangun awal dah siapkan segala2nya pagi esoknya. Harammmm takdernya haha. Malam tadi boleh basuh baju lepas tu terperuk jerk dalam washing machine tu tak sempat nak sidai kompom balik kang kena bilas balik tambah softlan kasi wangi balik haha.


Cerita pasal baju saya teringat kat Wafiy. Pening kepala dengan budak ni. Dahlah setiap kali balik sekolah dah macam balik dari kerja buat rumah. Punyalah kotor ya Allah!!!!!!!!!!! Dah tak tau nak basuh baju dia dengan cara apa. Pejamkan hati basuh jerk dengan mesin gak lepas tu tabur vanish. Hasil macam apa pon lantaklah asal bau wangi sudah. Rupa belakang kira Mokcik dah pasrah Mokcik letih! 

Minggu lepas ada kelas lukisan kot. Dahlah baju kena color air warna hijau. Bukan sikit ok! Penuh depan baju putih tu, kat tangan pon ada. Lepas tu baju dia punyalah hitam dah macam dia bukak baju tu pi tenyek bersihkan longkang sekolah. Pitam Mokcik!!! Muka pon bertompok2 hitam, tangan toksah cakaplah kalau tak hitam2.

Tapi yang ni saya kesian campur berangin ngan budak sorang ni. Dahlah balik sekolah tak rupa orang, minggu lepas tali beg sekolah dia putus. Itu beg sekolah kedua. 2 bulan sekolah = 2 beg sekolah. Cerita kesiannya Mokcik terlupa tukarkan beg sekolah lain Ahad lepas. Dia sekolah kebangsaan belah petang. Pagi saya hantar beg sekolah tu kat taska terlupa yang beg tu dah putus tali haha. Masa ambil dia petang, nampak dia peluk beg tu turun bas dengan songkok pon senget kat kepala. Kesian pulak nengoknya tapi kelakarlah jugak akakakaka. Bulan ni pakai beg sekolah korek2 mana2 beg sekolah yang masih boleh pakai. Tak larat kerja asyik nak beli beg sekolah dia jerk. Tokei beg sekolah pon leh bankrupt haper!!!!!









2 comments:

sYiRa LoKMaN said...

dapat juga blogwalking sini lagi :)
maaf ganggu :)
jom ke blog syira and join Giveaway 2014 by Syira Lokman ^_^

HADIAH HEBAT !
Bloglist, Tudung, Topup, Lukisan, Keychain dan percuma Domain dot com
Hadiah Misteri untuk TOP REFERRAL juga! :) tq

Azlina bt. Azis said...

thanks syira, saya pon selalu baca post awak hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...