MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....
Thursday, February 28, 2013
Kan bagus kalau mama masak
Beli sikit ni jerk dah nak 10 hinggit!!! Sumer pon ambik sikit2 jerk. Takut nak ambil banyak2 kalau tak sempat nak masak, layu jerk dalam peti lepas tu buang. Membazirlah kan. Dahlah serba serbi mahal. Lepas tu sesaja untuk buang. Lagi baik makan jerk kat kedai ngehngehngeh.
Malam tadi, dah blur nak masak apa memandangkan peti pun dah lapang. Saya suh en. Suami tapaukan tomyam. Dahlah warna tomyam tu putih, ada ayam jerk yang bewarna putih. Sepotong sayur pon takder. Penyerinya just bawang besar, serai, ngan suku tomato yang dah lunyai. Harga RM10. Bila masuk dalam mangkuk, nampak kuah semata.
Arfan wat muka melopong bila dipanggil makan. "Apsal nak beli, mama masak jerklah. Kan lagi sedap." Sebenarnya cam dah nak terbang bila dengar statement tu. Tapi wat muka bagus jerk dan suh dia jangan nak membebel depan rezeki. Lepas tu mulut Arfan berbunyi lagi. "Kan bagus kalau mama masak." Maka dengan itu, mama pilah S'Mart rini semata memborong segala jenis lauk pauk untuk wat tomyam esok. Esok yer... malam ni nak makan kat kedai mamak hehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment