MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, February 3, 2013

sakit mulut lagi ??

Alhamdulillah.....akhirnya penderitaan saya minggu lepas beransur pulih. Setakat nak makan nasi dengan kuah sayur dah boleh telan. Ni pon, baru sattle telan waffle haha. Sedangkan pagi tadi dah makan soto nasi. Terasa plak nak makan lagi. Teringat plak waffle kat pasar S'Mart. Terus lompat dari tingkat 3 ni, start enjin berdezummm. Tau2 dah habis hah.

Buat masa sekarang ni, makanan pedas2 dan makanan bergoreng masih belum boleh drive thru ke dalam mulut ini yer. Bukan sebab pantang sangat atau nak manja2. Tapi, dah test makan roti canai ngan kuah kari mamak si Mia semalam. Rasa cam terbakar mulut ni hah. Baru dua suap, habis secawan air milo ice Wafiy saya kerjakan. Yang bergoreng pulak cam ayam goreng tu pon lom boleh. Bila terkena bahagian yang direct kena goreng tu kan keras2 skit kan, lelangit ni rasa bisa2 balik cam leh luka balik jer. Makanya mokcik posa yang pedas2 n goreng2 dulu ok! Yang lain sumer mokcik sental jerk haha.

Khamis malam lepas, saya surrender. Pi jugak klinik. Itu pon dah kena bebel2 ngan en. Suami. Biasanya saya kebalkan telinga jugak. Tapi kalau dah tahap mulut rasa berdenyut2. Godzilla pon leh terlepaklah dok hahahaha. Agaknya sebab saya dah biasa menahan sakit sebab tak boleh makan panadol atau lebih tepat tak boleh makan paracetamol. Kelakau kan. Akibatnya!!!! Nanti kalau ada masa leh citer pasal paracetamol ni plak. Sekarang ni nak fokus kat sakit mulut jerk haha.

Masa jumpa doktor tu, bila dia suluh kat lelangit, mata dia terbeliak dan cakap terlalu banyak bulatan merah2 tanda lelangit menipis dan luka2 yang agak teruk. Oleh sebab semua makan keropok ikan tu, tapi saya jerk yang kena cam ni, mungkin saya alergik ngan pewarna ker atau apa2 kandungan dari keropok tu. Nasiblah saya datang cepat, sebab kesan koyak hanya pada lelangit yang keras berhampiran gigi. Kalau koyak sampai lelangit yang lembut nak sampai ke tekak tu, saya boleh kena operate. 'Amboi!!!! Melampau nko doktor. Nak jumpa nko pon mokcik pikir 1000x ini kan nak kena operate.' Nasib dia offer MC sebab suh rehat dan mencekik ubat2 yang dia bagi.

Oleh yang demikian, mokcik istiharkan takkan makan lagi keropok2 segala ni. Makan jerk pizza ker, chicken chop ker ker haha





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...