MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Friday, March 1, 2013

kasut baru


Cantik tak? Cantik tak? Hehehe baru jerk beli tadi lepas membeli lauk pauk tadi. Saya ni amatlah cerewat bila nak membeli kasut. Itulah sebabnya saya tak ada kasut extra pon. Saya hanya ada sepasang kasut sahaja pada satu masa. Kelakarnyer bila kasut yang saya pakai dah mula hendak lunyai, saya beli jerk mana - mana kasut asalkan muat kat kaki. Tapi untuk tambah2 koleksi susah benar berkenan di mata.

Kasut saya sebelum ni, ada reben kat depannyer. Lama jugak saya pakai kasut tu. Tapi saya tak bawak balik ker rumah. Selalunya saya tinggalkan dalam kereta dan ganti berselipar untuk naik kerumah. Entah macam mana minggu lepas, saya boleh terlupa tanggalkan. Itulah pertama kali cik Mia nampak kasut tu. Bukan main dia belek lepas tu puji2 kata kasut tu cantik. Lepas tu pakai kasut tu pergi balik dan membebel2 sambil berangan2. Cam sama jerk perangai mamanyer dulu haha.

Esoknya bila saya hendak pergi kerja.................alahaiiiiiii cik Mia!!!!!!!!!!!!! Mana pi reben sebelah dah hilang ni ???????? Grrrrrrrrhhhhhhh itulah pasal mokcik beli kasut baru hah!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...