Hasil lawatan pihak JKR kelmarin untuk meninjau keadaan bangunan ni, menyebabkan team IT kena pindah semula huhu. Memang saya dan yang lain lain dah pindah turun pun ritu dan saya pon dah pernah citer apsal kitaorang perlu pindah kat sini. Itupun sebab yang lebih lain tu komplen yang kitaorang yang degil tak nak pindah. Komplen dalam meeting plak tu. Fuh berangin oooo badan. Yang menyakitkan hati, bila kami dah sepakat turun ke Cawangan Pendaftar, dia pulak stay jerk kat tingkat merbahaya tu. Geram tak geram tak.
Lepas tu ada plak bunyi yang kenapa plak kami tergesa2 pindah. Sedangkan mereka dah set nak sediakan tempat kami kat situ. Pi lah set pon, bila dah siap kami pindahlah kat situ. Tapi setakat sembur air liur jerk. Bila dah lama2, yang lebih lain tu pon tak ada tanda nak turun dan macam2 bunyi plak dah dengar, kami naik semula. Maklumlah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri kemudian sambung sendiri hihhi. Kes pemalas.
Jejak jer kaki kat ofis pagi tadi, dah dapat panggilan kena turun ke Cawangan Pembangunan. Yang menurut perintah. Kang jadi apa - apa sapa nak jawab kan kan. Bilik pon dah ada. Terima kasih. Tapi jari jemari plak terlepas tulis huhu.
'Tak tahu nak bersyukur. Dah disediakan bilik pon komplen lagi'. Hambik kan dah kena kutuk lagi.
Sorrylah, jari ni dah dibagi insurans ritu. Tu yang leh tulis sebarangan jerk huhu. Tak sedar insuransnyer dah mati pon sebab tak sambung bayar ahaks.
Yang sebenarnya yang arif, kenyataan itu just gurauan sebab saya terlihat gambaran kat dinding tu huhu. Tapi masih faham akan situasi bangunan lama ni. Dah orang taknak bagi peruntukan kan. Nak wat cam mana pun. Duk jerklah selagi lom runtuh kan kan.
Jom NUSAJAYA kiterrr hahahahahahaahahahha
No comments:
Post a Comment