Mak!!!!!!!!!!!!!! Orang dah pandai masak rendang!!!!!!!!!!!! Huahuahauahaaaaaaaaa. Suka U, memang sangat2 suka dapat menikmati rendang ayam yang dimasak di atas dapur sendiri. Kalau bagi kat jiran sebelah mesti kempang kempis pipi sebab rasa dia memang ori cam mokcik adun sendiri rempahnya ahaks!
Jarang dapat makan rendang ayam ni. Sebab malas nak masak. Agak leceh nak sediakan bahan dan memang tak pernah masak pon. Kalau nak makan, kena tunggu hari raya. Itu pon mak yang masak. Saya jadi juri. Biasanya memang mak yang menang. Tak cukup makan kat rumah mak, saya santap kat rumah sedara mara yang saya bertandang pagi2 raya. My peberet dish bila raya. Tak pandang dah lauk lain ok! Kalau datang hari2 lain dah takder dah kan. Menu lain dah keluar. Kecuali ada orang buat open house kan. Itu pon nasiblah kalau ada yang nak jadikan menu kan.
Hari Sabtu ritu, dalam banyak urusan dengan kena hantar pagi2 Arfan dan Wafiy pi Taska sebab ada latihan menari untuk pertandingan Sabtu ni, dengan ambil Arfan dari taska dan hantar Taekwondo kat sekolah dia pukul 10 pagi, dengan ambil balik Arfan dari Taekwondo dan ambil Wafiy dari taska kui 11.30 pagi sempat yer mokcik masak rendang ayam ni. Tapi main campak dan lebur sahaja. Tak sempat nyer nak kasi tambah2 rasa ker, hias2 segala ker. Sebab Arfan bila balik dari Taekwondo kang kompom kebulur cam seminggu tak dikasi makan.
Makanya yang saya sempat, masukkan pes rendang tu kat dalam TupperChef, tumis2 skit( tak payah masuk minyak. Saya terletak minyak plak dan akibatnya rendang saya terlebih minyak). Masukkan santan dan tunggu sampai agak kering. Lepas tu masukkan ayam dan kentang. Tunggulah sampai kuahnya menempel pada ayam atau ayam dan kentang betul2 empuk. Saya amat suka rendang yang amat pekat dan bewarna agak gelap. Tapi tak sempat nak tunggu sampai ke tahap tu sebab jam dah pukul 11.30 pg. Terpaksalah tutup api dan pi ambik anak2 tercenta.
Sampai2 kat muka pintu, Arfan dah mengadu lapar. Ibu mithali kan, tak sanggup nak biar anak berlapar walaupun seminit. Terus jer ceduk masuk mangkuk melamin terbaru Tupperware corak hijau ni. Mokcik memang suka! Cantik giler!!!!!
No comments:
Post a Comment