Masa balik dari kampung ritu dah tapau dah sebekas kuih kacang ni. Lum pun 2 hari kerja, dah kasi perabih. Oleh kerana mak nak datang JB untuk majlis tunang Anis ritu, mintak tapaukan lagi kuih kacang ni. Siap kasi ayat cover lagi. "Kalau ada lebihlah, kalau takder tak payah bawak." Hehehehe
Ibu mana tak sayang anak kan. Hah nko!!! Satu bekas dibawaknya. Kalau beli ni, tak cukup sepuluh hinggit hah. Oleh kerana semalam puasa, saya kasi jeling2 jer. Hari ni boleh tergoda dek mee soto pulak, puasa awal pagi jerk dapatnya hehehehe.
Bila dah petang2 gini, perut cam ada rasa2 nak telan sesuatu kan. Tengahari tadi pun tak lunch sebab bajet nak kuruskan. Sekali teringat ada kuih kacang yang mak bawak tu kat dalam keta. Hamboiii!!!! Segera jerk kaki ni turun dari tingkat 3 ni hah. Hambek.... dah tinggal separuh. Lari diet mokcik ooiiiiii
1 comment:
salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Bersabarlah dalam bertindak agar membuahkan hasil yang manis.,.
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.
Post a Comment