MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, August 30, 2012

kacau ni

Lepas rumah yang saya beli tahun 2007 dibatalkan pembinaannya, macam fobia nak beli rumah lagi. Memanglah cam serik sesangat sangat dan sangat. Lepas dah sattlekan pembatalan ritu, hati saya jadi kebal dan batu. Lagipun manalah nak cekau duit kan. Dengan kereta, rumah, keperluan anak nak makan pizza, McD, KFC lagi huh!! Manalah cukupkan. Kononnya menyimpan pon menyempang jerk lebih.

Masa dok borak dengan warga Pendaftar ritu, Rosnah ada sebut pasal umur 35 ke bawah sahaja yang layak membuat pinjaman perumahan semalam 30 tahun. Saya melopong dok melihat dia. Laaaaa kenapa selama ni saya tak tahu pon pasal mender alah ni. Umur saya tahun ni dah 34 tahun lerrr..... tapi masih tak kisah sangat. Sebab masih terasa2 pedih kecewa.

Lepas tu, masa ada launcing rumah kat Seri Austin ritu, sajer pi masuk showhouse dia. Mak aiiii rumah besar skit dari toilet pon dah RM350k++ (hehehe tipu2, besarlah jugak) Siap kakak tu kata, lepas ni dah tak der dah rumah bawah harga tu dik kat Seri Austin.

Lepas tu, sajer pi tanya kat Setia Indah. Pon sama. Sumer rumah RM350k ke atas sahaja yang dijual. Berpinar kepala mokcik hah!!

Pusing punya pusing, nampaklah ada sebaris rumah setingkat tengah buat kat Taman Daya. Belakang rumah orang kaya giler haha (tiga tingkat tu). Depan rumah lama teres setingkat. Bila masuk showhouse dia, rasa macam masuk kat rumah flat saya jerk besarnya. bezanya, rumah tu kat atas tanah, rumah saya kat atas kayangan hahaha. Besar sikitlah kot, tapi rasa cam sempit plak. Nak tau harganya, RM200k++. Tenganga saya. Itu pun dah habis semua kecuali, showhouse tu RM270k++ dan 1 rumah nun hujung sekali. Endlot ada tanah skit kat tepi, berjiran ngam2 dengan rumah TNB yang gedabak besau tu. Yang tu, murah skit RM250++. Itu pon mokcik tak mampu uwaaaaaaaaa.

Bila saya balik rumah, fikiran saya jadi kacau. Antara saya pi servey lagi rumah dan beli dalam tahun ini juga atau saya takkan beli rumah untuk selama lamanya............


rumah idaman....
(rumah saperlah yang mokcik rembat ni)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...