Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin untuk semua pembaca blog saya. Hamboiiiii raya sakan ke mokcik ni sampai dah lama tak berkesempatan nak update blog hah ??
Bila dah nak start raya ritu, mulalah banyak kerja. Kena turun kawasan lah, lepas tu adalah pulak khatam Quran anjuran LPP, meeting lagi, kemas rumah tak sudah2. Last2 bila sekolah Arfan dah start cuti hari Khamis lepas, mokcik pon angkut anak2 pi balik kampung pagi2 buta hahahahaha. Tinggalkan rumah cam tongkang pecah dengan en. Suami. Harapannya, bila dia berseorangan bolehlah kemas2 mana yang patut sebab takder yang mengganggu.
Sebenarnya saya memang tak bercadang nak bercuti sebelum raya atau selepas raya. Sebabnya en. Suami kan tak boleh bercuti. Rugi rasanya kalau saya ambil cuti, tapi hanya menghabiskan masa di JB. Tapi, memandangkan Arfan pun dah takder sapa nak jaga, rumah pun asyik dikemas tak bersih gak, saya mula jadi stress dan mintak izin en. Suami balik kampung. Untuk mengelakkan huru hara dalam kereta, lepas sahur hari Khamis sebelum raya lepas berdezup jer Avanza kelabu mengharung highway JB - Melaka. Alhamdulillah sampai gak di Melaka dalam pukul 9.30 pagi. Terkejut mak tengok cucu2nya menyerbu. Sedangkan saya awal2 dah khabarkan akan balik pada petang Sabtu bila en. Suami habis bekerja.
Saya mula kerja semula pada hari Rabu kelmarin dengan langkah yang longlai. Masih terasa2 rendang itik yang dimasak mak. Kena pulak mengangkut hero remaja yang takder orang nak jaga. Habislah full memory tab mokcik bila ada wifi free. Boleh download games bebanyak katanya.
Jejak jer rumah balik hari tu, mokcik rasa cam nak pengsan balik. Cam mana saya tinggalkan rumah, cam gitulah bila saya menjengok kembali. Nasiblah segala sampah dah dibuang seperti yang diarahkan. Nasib2.
Malam tadi barulah sempat kumpul2 segala pemberian PPK yang tak sempat saya susun dek kerana susunan cik Mia lebih laju adanya. Arggggghhhhh makin tension dengan budak lilo itu. Sebelum leraikan kuih muih itu sempat ambil gambar segala. Kalau ada PPK yang mendapati tiada gambar pemberian mereka, itu bermakna dah sattle masuk ke dalam perut yer weeeeeee.
No comments:
Post a Comment