Sepanjang Ramadan tahun ini, kebanyakan harinya saya masak sendiri untuk berbuka. Nampak jer muka saya, Arfan dah tanya menu dia jadi ker masak hari ni? Apa2 pun ikutkan selera dia dulu sebelum selera en. Suami. Saya, apa2 pon boleh masuk. No hal punya.
Kalau hari kerja, saya akan sampai rumah sekitar jam 6.20 petang gitu selepas berpunsing2 dengan jem, ambil Mia di rumah kak Siti, ambil beg Arfan dekat taska dan ambil Wafiy dekat NURI. Arfan dah sampai dulu dekat rumah sebab bulan puasa sekolah balik awal kan.
Sampai jer rumah, saya campak segala jenis beg dengan macam2 bau terus masuk dapur. Startlah ujian menjadi MasterChef en. Arfan pada hari itu. Biasanya menu yang keluar satu jer. Kalau tak mee goreng, mihun goreng ker, kueh tiaw goreng ker, mee soto lah keluarnya. Bila dah bosan, keluar nasi pulak. Lauknya, kari ayam ker, tomyam ker, kari daging ker. Semua ikut selera pakcik tu ok. Bila dah tak tau nak masak apa lagi, kasi putar balik menu tadi hahahaha. Senang nak jaga anak mama sorang ni. Makanan kegemaran dia dihujung jari.
Pagi2 tadi dia dah buat permintaan Pari Asam Pedas. Errmmmm en. Suami pulak x makan pari. Maknanya kenalah beli 2 jenis ikan. Kalau lawannya asam pedas, maknanya satu lagi ikannya ialah ikan merah ok. Nasiblah bonus masuk rini oiiiii.
Tengahari tadi dah pon beli ikannya. tapi bender keras2 belaka. Suh en. Suami pi cari masa balik kerja nanti, sekali dengan serai. Lupa daaaaaaa
No comments:
Post a Comment