Setiap kali bulan Ramadan jer mesti jalan kat Taman Daya ni jem. Sebabnya ada bazaar lepas Shell tu hah. Dahlah simpang masuk tu rumah penjaga Mia. Jawabnya, setiap kali bulan Ramadan mesti kena guna jalan belakang cam kat bawah ni. Kengkadang sesak jugak sebab ada gak yang ambil alternatif guna jalan belakang ni untuk celok ke bazaar yang sama.
Tapi untuk ke rumah penjaga Mia agak jauh sebab kena lalu banyak simpang dan bonggol jalan. Maklumlah saya ni bukannya mek drift, bawak pun penuh berhemah ahaks.
Nak ikut jalan terus pon boleh sebenarnya, bukanlah jem panjang sangat pun. Tapi, bila dah masuk simpang baazar tu, takut jer tersondol orang. Semua yang dok membeli belah sesuka hati wat catwalk tengah jalan. Kalau nampak ada kereta pun wat tak reti jer.
Alahaiiiii setakat Avanza dah berdebu tak basuh 2 bulan ni, layak ker tekan hon hon hon tepilah tepi mokcik nak lalu ni hoiiiii!!!!!! Ada pulak kena garik keta ni kang. Senang cerita saya gunalah jugak jalan belakang tu. Takperlah jauh sikit. Janji hati tak sakit.
No comments:
Post a Comment