MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, August 30, 2012

cari2

Bila dah fikiran kacau ni, mulalah otak saya tak tenang. Mulalah pi merayau ke mudah.com. Pi cari2 rumah sesapa yang nak jual ikut kilo ker. Huh!!! Puaslah menyevey, lepas tu mesej org tu, orang ni, lepas tu dok hayak kawan2 pi tengok kawasan, tak cukup tu angkut sekali anak2 dan en. Suami pi skodeng2 rumah orang. Sayangnya, kebanyakan toilet pon lagi lawa dari rumah, tapi harga up kasi gaban punya.

Lepas tu, teringat kat Area Nusajaya. Pon dah takder. Yang ada pun coming soon. Masa mokcik dah bertongkat. Nak wat rumah 1 Malaysia. Cam mana nak pinjam sampai 30 tahun. Silap2 rumah flat jugak yang naik huh!!

Tanya pulak area Mutiara Rini. Pon juai ikut harga mokcik boleh bunuh diri. Rumah murah skit dia akan buat dua tiga tahun lagi. Around RM80k ke atas. Rumah apalah dorang nak buat dengan harga gitu yer ?? Mokcik jadi musykil pulak. Lagipun en. Suami tak berkenan sebab katanya jalan jem kat situ huhu.

Ada pulak kawan2 cadangkan untuk servey area Tiram dan Kota Tinggi. Waduh!!!!! en. Suami kerja di Kulai. Dia bolehlah nak pi kerja awal pagi mana pun. Tang mokcik ni!!!! Kerjanya bersilat ngan anak jer memanjang. Mana aci kan. Pon Cancel.

Dengan perasaan yang kacau bilau, pi mengadu nasib dengan PA Pengarah. Linda cakap kat depan kawasan rumah dia ada wat projek baru. Terus jer dia telefonkan pemaju. Harganya masih murah berbanding rumah yang lain. Tapi masih paras2 hidung untuk membayar bulanannya. Agak jauh jugak dari LPP, tapi ada jalan alternatif, agak dekat dengan Kulai. Errrmmmm

Linda ajak pi servey. Jom!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...