MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, January 26, 2012

KEREPEK PISANG

"Mama, kerepek pisang ada lagi tak ?" Tanya Arfan sambil tertinjau2 kawasan dapur.
"Aik?? Sejak bila pulak Along suka makan ?" Soal saya kehairanan. Setahu saya, hanya Mia dan Wafiy sahaja penggemar kerepek pisang. Arfan lebih berminat dengan keropok paip berempah.
"Kawan kita kat Taska, tak pernah tengok kerepek pisang. Dia kata, pisang goreng pernahlah tengok." Jawab Arfan ketawa kecil. "Kita nak bawak esok, nak tunjuk kat dia. Macam katak bawah tempurung betul." Sambung Arfan lagi sambil menyelongkar plastik barang2 dapur yang masih belum disusun hasil belanja di kampung semasa cuti Tahun Baru Cina.
"Ada2, nanti mama masukkan dalam beg taska." Ujar saya sambil menghalang perlakuannya. Takut lebih berselerak jadinya.
Sejak akhir2 ni, stok kerepek pisang dan kerepek pedas selalu ada di rumah saya. Mungkin sebab itulah cerita kerepek pisang terpancul dari mulut Arfan semasa berbual dengan kawan2nya. Budak sekarang, kerepek pisang pun dah tak kenal. Maklumlah, keropok2 di pasaraya dengan packing bewarna warni dan seksi lebih menyerlah di mata mereka berbanding kerepek2 yang lebih sopan pembuatannya.
Minggu lepas, saya balik ke Melaka. Hajat asal, hendak bersekali emak dan Iza pergi ke Cameron Highland sempena cuti panjang. Bila motor en. Suami hilang tanpa kabar berita, saya jadi hilang mood. Lagipun terpaksalah berjimat cermat untuk cari pengganti motor tu. Jadinya, kami sekeluarga hanya duduk di kampung.
Iza, adik bungsu saya dengan profession barunya sebagai QC of packaging KEREPEK semestinya amat suka bila kami sekeluarga memunculkan diri. Mana taknya, customer tetap sudah mai. Berkilo2 kerepek mesti laku punya. Sejak itulah saya bermain sistem barter dengannya. Dia ambil Tupperware saya, saya ambil kerepek dia. Kerepek yang diambil mengikut kehendak anak2. Biasanya kerepek pisang, kerepek pedas dan keropok paip berempah. Maka, dengan itulah stok kerepek sering ada di rumah. Kerepek2 ini pulak saya simpan dalam bekas Tupperware, confirm tahan lama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...