MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....
Sunday, January 15, 2012
Gelora Handbag
Hari jumaat lepas, saya ke Jusco Tebrau City yang jaraknya agak dekat dengan LPP. Hajat asalnya ialah hendak membeli cermin mata baru. Cermin mata yang saya guna sekarang dah melebihi 3 tahun hayatnya. Keadaannya juga sudah benar2 uzur dan tunggu terpatah 2 saja. Setelah selesai memilih dan tawar menawar, saya perlu menunggu sekitar 1 jam seterusnya. Dalam saat2 inilah hajat asal saya telah dicemari. Jualan sempena perayaan Tahun Baru Cina benar2 memukau mata dan sanubari. Walaupun ketika itu saya masih bercermin mata yang lama. Kebetulan, hari sebelumnya suami telah menyerahkan voucer Jusco bernilai RM110. Voucer tu pulak bersama saya ketika itu. Ha ha ha.....semua voucer itu saya tukarkan dengan pakaian baru anak2, yang sedia ada dah layak untuk proses pelupusan sesungguhnya. Tiba2 hati saya terpaku kepada sebuah beg tangan yang designnya memang menjadi idaman. Saya membelek harganya. RM249. Ada gelora yang mahu merembat terus pada hari itu juga. Tapi, ada sedikit keimanan menghalang. Minta difikirkan lagi kerana beg tangan yang ada masih baik kondisinya. Bila langkah mula meninggalkan beg itu, mata pula gatal saja hendak menoleh. Dalam mata menurut langkah, hati berjanji akan datang semula bila mendapat gaji minggu depan. 'Pasti beg tangan itu aku yang punya'. Apatah lagi bila menerima 2 keping voucer bernilai RM5 hasil perbelanjaan saya dan rakan pada hari itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment