Tahun lepas, semasa saya mula memasang hajat, saya terjumpa blog ini.
Jadi, saya pun tunaikan hajat tu. Ianya taklah sebanyak mana, setakat meleraikan hajat saja. Tapi kalau bukan dari sokongan kawan2, bukan kata berhajat, terfikir pon tak pernah agaknya. Tiba2 saya tersedar. Sumbangan ini bukan dari saya seorang rupanya, setiap orang yang membeli Tupperware dengan saya ada bahagian didalamnya. Ia membuatkan hati saya berbunga. Mula mengatur hajat seterusnya.
Mulai 2012, besarlah hajat saya untuk menyumbangkan 10sen dari setiap RM1 keuntungan runcit penjualan Tupperware kepada Sanggar Suri.
Saya mengharapkan sokongan dari kawan2 dan moga Allah tetapkan keimanan saya. Amin.....
No comments:
Post a Comment