Hari persekolahan telah bermula dengan jayanya. Arfan telah ditetapkan kelas 2 ARIF di SEK. KEB. TAMAN DAYA 3 dan Wafiy 6 RED CASTLE di NURI EDUCATION.
Pengalaman pertama menghantar Arfan bersekolah pada umur 4 tahun di NURI amat simple. En. Suami just hantar dia di pintu gate sekolah, teacher NURI jemput ke dalam dan en. Suami terus pergi kerja. Itu sahaja. Pengalaman yang hampir sama juga bila saya menghantar Wafiy masa umurnya 5 tahun. Cuma Wafiy kelihatan agak cuak sedikit. Tapi tetap mengikut arahan teacher. Tahun lepas, semasa Arfan melangkah masuk ke darjah 1, saya ambil cuti pada hari pertama dia bersekolah. Itu pun sebab nak memastikan dia naik bas yang betul.
Tahun ini, saya dan en. Suami tidak ambil cuti pada hari pertama persekolahan. Sebab kami pasti, Arfan dan Wafiy sudah mampu menguruskan diri mereka sendiri. Cuma yang tak berapa pasti, boleh ke mereka menguruskan baju dan kasut putih mereka supaya kekal putih serta menguruskan pensel, eraser dan shapener mereka agar boleh lagi diguna pada hari esoknya? Errrmmmmm.....
No comments:
Post a Comment