MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, December 30, 2014

PETROSAINS CONTEST - THE HOBBIT

Minggu lepas....Eh!! Dua minggu lepas, makaaiiii cepatnya masa berlalu erk!!! Rasa macam baru jerk lagi pergi KL hari tu. Kitaorang pergi KL sebab wakil Petrosains call suh ambil present sebab Arfan menang contest masa pi sana bulan 11 hari tu masa ikut Mokcik pi kursus. Tapi Mokcik tak ikut sama masa tu sebab jadual kursus sangat pack. Jadinya dorang berjola joli pi KLCC then masuklah Petrosains tu.

Kitaorang gerak awal pagi dari Melaka hari Sabtu haritu sebab Arfan dah balik kampung dulu siap buat part time tolong Pak Ngah dia berniaga breakfirst. Kerja dalam masa 2 minggu naik gaji 2 kali syabas anak mama!!!

Mokcik prinscreen kat website Petrosains haritu. Sila focus kat no. 6 yer.... setakat dapat tengok wayang jerk pon kecoh giler hahahaha.

Budak ni sebok nak ikut sama. Rajinlah pulak en. Suami dok merayu kat budak Petrosains tu mintak tiket lebih.

Kitaorang sampai kat 1 Utama ni tepat jam 10.30 pagi. Parking betul2 dekat pintu masuk TGV Cinema tu sebab lapang gila waktu tu. Kedai2 kat dalam tu pon baru nak bukak. Masuk2 jer bergambar macam orang giler tak pernah pergi panggung wayang.





Singgah kat Toy r Us kat bawah kejab sebab orang Petrosains baru nak set meja. Meloponglah mulut cik Mia tengok barbie. Nasiblah tak merengek nak bawak balik. Mokcik dah cuak dah.

 Kiut miutlah patung2 ni.... manalah budak2 ni tak geram hah.

Budak dah tak kiut ni pon nak bergambar jugak. Sukalah kalau pi shopping2 complex waktu2 nak Krismas ni, cantik2 hiasan dia kan.

Budak ni terpinga2 bila budak2 Petrosains tu tepuk tangan bagitau dia pemenang contest The Hobbit tu. Kitaorang memang pakat tak bagitau dia sampailah masa ambik hadiah tu.

 Semua pon tumpang happy!!!!!

Sebelum masuk pi pulak ambil popcorn free. Sambil tunggu en. Suami berangkut makanan, kita posing lagi!!!!!!





 Bersama omak yang happy!!

Bergambar jerk kerjanya sementara nak tunggu pengacara majlis mulakan acara jawab soalan.

Masa pengacara tu tanya soalan, pakcik tu sibuklah angkat tangan walaupun tak tau jawapan. Nasiblah lekat 1 jawapan. Tambahlah 1 bag. Arfan pon dapat jawab 1 soalan lagi. Lepas tu barulah movie kasi tayang. Tengok 3D lagi. Kat sini 3D dia lebih best dari kat Melaka haritu. Siap rasa kita pulak yang bergerak hahahaha jakun sangat!!!

Bila movie dah habis, berangkutlah kitaorang balik dengan 3 bag. Kelakarnya setiap orang dapat air yang Mia minum tu dengan popcorn jadi semua sekali 6 air, 6 popcorn. Semua pon tamak nak bawak balik jugak. Macam sengal jerk memasing bergondong2 bawak masuk kereta. Nasib kereta parking dekat akakaka.
 
Sebelum balik singgahlah makan dulu. Budak peace itu yang belanja. TQ!!

Balik rumah masukkan semua popcorn yang tinggal dalam balang besar ni. Dapat 2 balang.

 Inilah hasil tangkapan Arfan ngan en. Suami haritu...


1 comment:

Lynn Hamzah said...

wow...untung besar nie...tahniah arfan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...